Ini Tips Percutian Bersama anak Kecil. | KITA VIRAL : Dulu bolehlah travel single-single. Bila dah ada anak tak sampai hati nak tinggalkan si comel ini dan anda pergi travel bersama suami. Jadi mahu atau mahu si comel tetap kita nak bawa bersama. Namun bawa si kecil ini ada cabarannya dan ada rintangannya tersendiri. Jika main redah saja mahu spoil mood percutian anda. Itu sebab percutian bersama si kecil ini perlu dirancang teliti. Agar mood si comel ini terus maintain dalam keadaan tahap terbaik selain kesihatannya juga tidak terganggu. Berikut kami kongsikan serba sedikit percutian bersama si anak kecil.
1-Masalah Kesihatan Kulit
Kebanyakan anak kecil mengalami masalah kesihatan kulit lebih lagi dengan perubahan cuaca yang mendadak. Masalah ini akan mengganggu si kecil kerana akan menyebabkan mereka kurang selesa. Jadi sebagai penjaga kita perlu memastikan kisahatan kulit anak sentiasa lembap agar tidak mendatangkan sebarang alahan yang lebih teruk lagi. Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.
Antara masalah kesihatan kulit yang perlu diambil perhatian adalah ruam atau digelar sebagai enzema. Apa yang lebih penting untuk anda sebagai penjaga krim
yang digunakan di Malaysia kebarangkalian untuk tidak sesuai digunakan sewaktu berada di negara yang berlainan musim. Oleh itu untuk cara terbaik adalah dapatkan nasihat farmasi atau doktor terlebih dahulu.
2- Pakaian Yang Sesuai
Pakaian yang nampak cantik saja belum cukup untuk si comel kita. Apa yang lebih penting sebenarnya adalah keselesaan untuk si kecil. Untuk negara yang akan anda lawati si ibu terutamanya mestilah peka dan buat sedikit kajian mengenai suhu semasa sewaktu ketibaan hinggalah waktu berangkat pulang. Pakaian yang selesa bukan saja memudahkan kita malah si kecil juga turut tersenyum tanpa ragam bermacam.
3- Stroller & Baby Carrier
Kami cuba mencari terjemahan dalam bahasa melayu namun bunyinya agak sedikit pelik. Jadi kami teruskan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang sedia ada. Sebelum anda membawa stroller bersama sekali lagi penting anda sebagai penjaga membuat lagi kajian tempat muka bumi destinasi/tempat yang akan anda lawati. Sekiranya tempat itu banyak mengguna tangga maka apalah makna untuk anda mahu membawa stroller kerana penggunaan baby carrier saja sudah memadai. Sebaliknya jika jalan  adalah landai maka penggunaan storller amat sekali membantu.
Jika tak bawa kedua-duanya bukan tak boleh namun jika anak merengek kepenatan mahu didukung anda juga nanti yang susah. Owh ya boleh jadi juga kedua-dua alatan ini perlu ada ketika anda bercuti. So kajilah dulu tempat yang akan anda lawati. Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.
4-Atucara Yang Terancang
Oleh sebabkan kita bawa anak kecil jadi semua perkara perlu dirancang dengan rapi. Kita tak mahu penat kehulu kehilir yang mana akhirnya banyak tempat yang anda terlepas pandang dek kerana ititnerary yang berterabur. Itu sebab ketika ini ramai ibu bapa memilih untuk bercuti dengan ikut saja travel agent. Semua sekali diuruskan dan anda hanya fikirkan urusan anak. Apa pun pastikan atucara anda tersusun rapi.
5- Makan & Tidur
Dua perkara ini adalah perkara terpenting untuk si kecil. Kurang salah satu maka pasti rengekan saja yang akan berbunyi. Pastikan bekalan makanan si comel cukup sepanjang anda travel. Selain si comel juga memerlukan tidur yang cukup tanpa gangguan dan mesti keadaan selesa.