Sebelum memulakan percutian, banyak persiapan yang perlu kita lakukan. Selain menyediakan pakaian, produk kesihatan diri dan ubat-ubatan, perkara yang paling penting adalah tiket penerbangan dan tempahan penginapan.
Selain itu, ‘itinerari percutian’ juga sangat penting. Ia memastikan perjalanan kita berjalan lancar dan teratur, serta memastikan kita tidak terlepas destinasi impian yang ingin dikunjungi. Zaman sekarang, ramai yang memilih untuk melancong dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan, terutamanya jika kita pertama kali melawat destinasi baru.
Namun, jika kita lihat di media sosial, banyak kes penipuan melibatkan agensi pelancongan, baik di dalam mahupun luar negara. Bayangkan jika kita menjadi mangsa agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab ketika berada di luar negara, di tempat asing yang kita tidak kenali. Tentunya situasi ini sangat menakutkan.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita melakukan pemeriksaan latar belakang syarikat pelancongan dan memastikan agen yang kita pilih mempunyai lesen yang sah. MOTAC menyediakan sistem rasmi untuk menyemak status lesen pengendali pelancongan. Prosesnya mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit.
1. Layari Laman Web MOTAC
Masuk ke laman:
Perkhidmatan → Perkhidmatan Dalam Talian
Di sini terdapat pelbagai kemudahan semakan rasmi kerajaan.
2. Pilih “Semakan Agensi Pelancongan”
Klik pada menu:
Senarai Lesen Pengendalian Pelancongan & Agensi Pengembaraan (TOBTAB)
Ini adalah pangkalan data semua syarikat pelancongan berlesen di Malaysia.
3. Masukkan Nama Agensi atau Nombor Lesen
Anda boleh semak melalui:
-
Nama syarikat
-
Nombor lesen (jika diberikan oleh agen)
Jika maklumat betul, sistem akan papar status lesen, alamat, dan kategori lesen syarikat.
4. Jika Nama Tidak Muncul… Elakkan!
Jika keputusan tidak keluar atau syarikat tidak tersenarai, besar kemungkinan:
-
Agensi tidak mempunyai lesen
-
Lesen sudah tamat tempoh
-
Menggunakan nama syarikat lain
Ini amaran awal supaya anda tidak meneruskan transaksi.
5. Boleh Buat Perbandingan Antara Beberapa Agensi
Kalau nak bandingkan beberapa pakej:
-
Pilih negeri
-
Biarkan ruangan nama kosong
-
MOTAC akan keluarkan senarai penuh agensi berlesen mengikut negeri
Dari situ anda boleh semak:
-
Reputasi syarikat
-
Tahun beroperasi
-
Kategori lesen
-
Kemudahan diberikan
Tips Tambahan Elak Ditipu Agensi Pelancongan
✔ Minta nombor lesen MOTAC
✔ Pastikan resit & invois rasmi diberikan
✔ Jangan bayar 100% sebelum dapat dokumen lengkap
✔ Guna cara pembayaran selamat (bank transaksi, bukan tunai)
✔ Semak review di Facebook/Google
Percutian yang menyeronokkan bermula dengan agensi pelancongan yang boleh dipercayai. Jangan hanya teruja dengan harga murah, tetapi pastikan mereka berlesen & sah di bawah MOTAC.
Semoga panduan ini membantu anda merancang cuti tanpa stres dan bebas masalah.
Sediakan payung sebelum hujan perjalanan yang selamat bermula dengan semakan awal.











