Bila sebut saja negara Gajah Putih, iaitu Thailand, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran sudah tentu makanan. Restoran, street food, night market semuanya penuh dengan pilihan menarik yang membuatkan ramai pelancong Malaysia sanggup datang berulang kali.
Selain makanan, Thailand juga terkenal dengan kuil-kuil indah, monumen bersejarah serta budaya tempatan yang unik. Tidak hairanlah Bangkok menjadi salah satu destinasi paling popular di Asia.
Namun begitu, sebelum anda terbang ke Bangkok, ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui, khususnya bagi mereka yang pertama kali ke sana. Baru-baru ini, pengguna TikTok @zakwanrahpal_ berkongsi pengalamannya setelah beberapa kali melawat Bangkok dan tips-tips ini memang sangat membantu.
Di bawah adalah 5 perkara wajib tahu sebelum melancong ke Bangkok.
1. Sistem Pengangkutan Awam Jadi ‘Kawan Baik’ Anda
Untuk bergerak sekitar Bangkok, pengangkutan awam memang pilihan paling mudah dan jimat masa. Kesibukan trafik di Bangkok tidak asing lagi, jadi elakkan bergantung 100% pada teksi.
Antara pilihan terbaik:
-
BTS (Bangkok Mass Transit System)
-
MRT
-
Motosikal (bike taxi) – murah & sangat cepat
-
Bolt – alternatif lebih murah daripada Grab
Menurut Zakwan, jika kenderaan e-hailing yang tiba tidak sama seperti yang dipaparkan dalam aplikasi, jangan naik untuk keselamatan.
2. Cuaca Bangkok Sangat Panas
Bangkok biasanya lebih panas berbanding Malaysia.
Untuk mengelakkan keletihan atau dehidrasi:
✔ Buat aktiviti luar pada waktu pagi atau petang
✔ Bawa kipas mini
✔ Sentiasa bawa air mineral
✔ Pakai pakaian ringan dan breathable
Cuaca panas ekstrem boleh menjejaskan stamina terutama jika anda banyak berjalan.
3. Bawa Portable Bidet
Satu perkara yang ramai pelancong Malaysia “culture shock” kebanyakan tandas awam di Bangkok tidak mempunyai bidet.
Oleh itu, Zakwan menyarankan anda untuk bawa:
✔ Portable bidet
✔ Tisu basah atau tisu kering
Ini penting untuk keselesaan dan kebersihan peribadi sepanjang perjalanan.
4. Sistem Pembayaran QR (Prompay), Maybank QR & TnG eWallet
Bangkok kini menerima banyak kaedah pembayaran digital.
Apa yang anda perlu tahu:
-
Maybank QR Pay boleh imbas Prompay Thailand hanya jika kedai itu menggunakan akaun perniagaan.
-
Touch ’n Go eWallet boleh digunakan jika kedai mempunyai logo Alipay.
-
Pembayaran tiket BTS boleh dibayar menggunakan QR Prompay.
Untuk kedai besar, pusat beli-belah atau restoran franchise, biasanya QR payment diterima.
5. Pilih Penginapan di Kawasan Siam
Untuk first timer, Zakwan menyarankan agar anda menginap di kawasan:
-
Siam / Sayam
-
Ratchathewi
-
Phaya Thai
-
Asok (dekat Terminal 21)
Kenapa Siam paling sesuai?
✔ Kawasan tengah bandar
✔ Banyak pusat beli-belah: Siam Paragon, Siam Square, MBK
✔ Akses BTS yang sangat bagus
✔ Lokasi strategik untuk shopping & nightlife
Pratunam pula terkenal dengan shopping murah, tetapi akses BTS di sana lebih terhad. Bangkok sememangnya destinasi percutian yang meriah, selesa dan penuh tarikan menarik. Dengan persediaan awal dan tip yang betul, perjalanan anda pasti menjadi lebih mudah, lancar dan menyeronokkan. Semoga perkongsian ini membantu anda merancang percutian ke Thailand dengan lebih baik. Selamat bercuti!
@zakwanrahpal_ Ramai yang nak tahu tips kan. Apa lagi yang korang nak tahu? 😚 #bangkok ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey











