Sekarang Baru Makcik Faham Kenapa Anak Bersungguh Minta Maaf, Rupa-Rupanya…

| December 4, 2017 | 1 Comment

Sekarang Baru Makcik Faham Kenapa Anak Bersungguh Minta Maaf, Rupa-Rupanya… | KITA VIRAL – ”Sehari sebelum kejadian, arwah sempat suapkan anak-anak dia makan, mereka makan dengan selera sekali.

“Tak sangka, itu kali terkahir makcik nampak dia melayan anak-anak,” luah Che Ma Mohd Zain, 71, ibu kepada Azilina Abdul Aziz, 37, yang maut dalam nahas di Kilometer 21 Jalan Sitiawan – Teluk Intan dekat Kampung Kayan, pagi Ahad.

Kejadian sekitar jam 4.20 pagi itu turut mengorbankan suami Azilina, Sairul Azuan Nadzim, 37, dan anak bongsu mereka, Muhamad Daris Iffat yang baru berusia tiga bulan.

Che Ma yang ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung berkata, keluarga itu pulang ke kampung, Jumaat lepas untuk menghantar tiga anak lelaki mereka yang lain masing-masing berusia 10, 8, dan 4 tahun sempena cuti sekolah.

Katanya, ketika bermalam di rumahnya, Azilina kelihatan riang melayan karenah anak-anaknya hinggakan makan bersuap.

“Makcik sangka mungkin itu cara dia nak lepaskan rindu bila berjauhan nanti, rupanya petanda dia akan meninggalkan makcik dan anak-anaknya,” katanya.

Che Ma berkata, kali terakhir dia menghabiskan masa bersama keluarga itu sekitar dua bulan lalu ketika menjaga anaknya berpantang di kediaman mereka di Sungai Buloh.

“Sebelum balik semalam, menantu makcik pun ada minta maaf dan minta halal semua makan minum, mulanya makcik pelik, sebab selalu salam biasa saja, sekarang baru makcik faham,” katanya.

Ketiga-tiga jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Lekir selepas solat Zohor.

Ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Saujana Utama, Sungai Buloh selepas menghantar tiga anak di kediaman keluarga Sairul Azuan di Lekir.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Toyota Wish dinaiki tiga beranak itu terbabas sebelum terjunam ke dalam parit dipenuhi air.

Katanya, kenderaan itu dipercayai mengelak penghadang jalan yang berada di tengah laluan.

“Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di loaksi kejadian akibat lemas dalam parit,” katanya.

Mayat mangsa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat Sitiawan.

Kredit : EBerita

Tags: , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *