Gadis Beri Tempat Duduknya Pd Pakcik Tua. Bila Dia Bongkok Ambil ‘Sesuatu’ Bawah Kerusi, Semua Orang MENANGIS !!!

| December 6, 2017 | 0 Comments

Gadis Beri Tempat Duduknya Pd Pakcik Tua. Bila Dia Bongkok Ambil ‘Sesuatu’ Bawah Kerusi, Semua Orang MENANGIS !!! | KITA VIRAL – Banyak orang akan memilih kereta api sebagai alat pengangkutan mereka untuk pulang ke kampung halaman mereka di China.

Akan tetapi kerana jumlah kerusi yang terhad di setiap gerabak jadi kebanyakan orang perlu membeli tiket berdiri untuk pulang ke rumah.

Cerita yang bakal anda ikuti ini ringkas sahaja tetapi ia sangat memberi inspirasi dan cerita yang mengharukan ini pasti akan menyentuh hati anda.

Semasa musim bunga, kereta api K529 kebiasaannya dipenuhi penumpang dari Hangzhou ke Chengdu. Seorang datuk berkongsi nasibnya yang baik dengan seorang penumpang lain kerana dapat membeli tiket berdiri.

Memandangkan dia adalah orang pertama yang masuk ke dalam gerabak kereta api, dia terus duduk di tempat duduk dan berharap tuan empunya tempat duduk itu tidak akan datang. Kereta api sudah hendak bergerak tetapi tuan empunya tempat duduk masih tidak muncul lagi.

Berdekatan dengan tempat duduk itu, terdapat ramai penumpang yang berdiri termasuklah seorang gadis lemah yang berusia 20-an. Dia tidak dapat berdiri dengan betul dan sentiasa ditolak oleh penumpang yang turun naik kereta api tersebut.

Melihat keadaan gadis muda itu, datuk ini telah bertanya kepadanya dengan rasa prihatin: “Cik, ia memang menyakitkan jika terpaksa berdiri di dalam kereta api yang bergerak, awak sepatutnya masuk ke dalam gerabak lebih awal seperti saya dan dapat tempat duduk. Bila kereta api akan sampai ke destinasi awak?”

“Saya baik-baik sahaja datuk. Ia mengambil masa satu hari setengah untuk sampai ke destinasi saya.”

“Apa? Satu hari setengah?” Dapatkah awak bertahan sepanjang perjalanan yang sukar ini?” Datuk itu menggoyangkan kepalanya tanda bimbang.

Selepas itu datuk tersebut berpaling ke arah gadis muda itu dan dengan baiknya dia berkata: “Cik, kereta api saya akan berhenti sekejap lagi.

Apa kata awak ambil tempat saya?” Gadis muda itu menjawab dengan manis dan bersyukur sekali: “Baiklah, terima kasih.”

Kemudian, konduktor kereta api itu datang untuk memeriksa tiket penumpang. Konduktor itu melihat tiket gadis itu dan berasa pelik: “Cik, bukankah itu tempat duduk awak? Kenapa awak berdiri?”

Gadis muda itu senyum dan mengelipkan matanya ke arah datuk itu: “Dia seorang lelaki tua berusia 70 tahun dan tidak berupaya berjalan dengan baik. Pasti sukar baginya untuk berdiri dan perjalanan ini pasti sukar buatnya.”

Konduktor itu bertanya lagi: “Awak tidak beritahu itu adalah tempat duduk awak? Dia tidak tahu tentang itu?!”

“Saya tidak sampai hati hendak memberitahunya. Jika dia tahu itu adalah tempat duduk saya, pasti dia akan berdiri dan pulangkannya kepada saya.” Gadis muda itu sekali lagi mengelipkan matanya kepada datuk itu.

Konduktor itu pusing dan melihat ke arah datuk yang sedang tidur itu dan memulangkan kembali tiket itu kepada gadis muda tersebut dan dengan lembut berkata: “Tolong ikut saya ke restoran.

Saya akan dapatkan tempat duduk untuk awak di sana.” Penumpang yang berada di belakang mereka yang mendengar perbualan itu memberi laluan kepada mereka.

Gadis muda itu membongkok dan menarik sepasang tongkat…Semua orang yang melihat situasi itu berasa terharu dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh gadis muda itu.

Mereka terkedu apabila melihat gadis muda itu memerlukan tongkat untuk membantunya berjalan dan dia lebih sanggup berdiri untuk membenarkan datuk itu duduk di tempat duduknya.

“Saya pilih kebaikan bukan bermakna saya lemah. Saya tahu kebaikan adalah sifat sebenar manusia dan sebagai manusia kita tidak boleh menjadi jahat kerana setiap kejahatan pasti akan mendapat balasannya.”

“Saya memilih kesabaran tidak bermakna saya takut. Saya faham bahawa ketabahan akan menjadikan dunia tenang dan dengan cara memberi, masa depan kita menjadi lebih cerah.”

“Saya memilih tolak ansur tidak bermakna saya pengecut kerana saya faham tolak ansur adalah perkara yang baik dan kebaikan bukanlah satu kesalahan.”

“Saya memilih untuk kelihatan keliru bukan bermakna saya keliru. Jika saya berhadapan dengan salahlaku atau ketidakadilan, saya akan membalasnya secara terbuka tetapi tidak mahu memperbesarkan masalah itu.”

“Saya memilih kemaafan bukan bermakna saya tidak ada prinsip kerana saya faham jika saya memilih untuk memaafkan orang lain saya tidak akan menganggap masalah itu sesuatu yang menyusahkan.”

“Saya memilih untuk menjadi ikhlas bukan bermakna saya tidak cakap secara terus terang kerana saya faham pujian hanya sedap didengar tetapi hakikatnya tidak.

Kebenaran selalu tidak sedap didengari dan kita mesti bertanggungjawab untuk mendengar setiap pertuturan kita sendiri.”

“Saya menghargai hubungan persahabatan bukan bermakna saya terlalu gigih kerana saya mahu mempunyai masa yang berkualiti dengan sahabat-sahabat saya dan tidak mahu berputus asa dengan persahabatan ini.

Saya faham penipuan, pengkhianatan akan selalu bertemu dan itu adalah pengakhiran yang tidak baik.”

“Saya memilih untuk menjadi baik bukan bermakna saya cuai kerana saya faham ia adalah cara untuk menyampaikan kebaikan dan kita dapat membuatkan orang lain turut bahagia.”

“Ingat bagaimana orang lain telah membantu kita oleh itu kita perlu membantu orang lain juga. Selepas membaca cerita ini pasti hati anda akan tenang.

Cuba cari ruang dalam hidup anda sendiri supaya anda dapat memperbaiki kelemahan diri. Niat yang baik adalah suatu perkara yang murni.

Saya pasti jika setiap orang dapat memberikan sedikit kebaikan pada satu sama lain pasti dunia ini akan lebih aman.”

Gadis muda yang telah membeli tiket duduk memilih untuk berdiri dan memberi tempat duduknya kepada orang yang lebih tua. Berapa banyak kebaikan yang diperlukan untuk mendapatkan hati yang baik seperti gadis muda ini?

Kredit : Era Baru

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *