PELIK China Bakar Wang Kertas RM10 Bilion, Bila Disiasat, Rupanya 25 Tahun Nanti ”Ini” Yg Berlaku !!!

| November 20, 2017 | 0 Comments

PELIK China Bakar Wang Kertas RM10 Bilion, Bila Disiasat, Rupanya 25 Tahun Nanti ”Ini” Yg Berlaku !!! | KITA VIRAL – Adalah menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang bagi sesiapa yang membakar wang kertas dalam kuantiti yang amat banyak.

Tetapi adalah tidak menjadi kesalahan bagi membakar wang kertas di negara ini, malahan ia digalakkan tetapi dengan syarat hanya wang kertas berwarna merah ini sahaja yang boleh dibakar.

Baru-baru ini negara China telah menukar wang kertas berwarna merah yang lama bernilai 100 Yuan (RM64.00) dengan rekaan wang kertas yang baru.

Wang kertas rekaan baru ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik menyebabkan ia menjadi sukar untuk ditiru tidak seperti wang kertas lama. Kini, warna merah dan biru pada nombor ‘100’ ditukar kepada simbol berwarna emas.

Ini adalah wang kertas 100 Yuan yang lama yang telah dibakar untuk menjana bekalan elektrik bagi Bandar Yancheng, Wilayah Jiangsu di China

Kredit: Bloomberg/Getty Images

Menukar wang kertas lama dengan rekaan wang kertas yang baru dan canggih. Wang kertas 100 Yuan yang direka pada tahun 2015 ini mula dikeluarkan pada 12 November 2017

Kredit: Bloomberg/Getty Images

Baru-baru ini Bank Pusat di China telah mengarahkan semua bank mengambil dan mengumpul kesemua wang kertas versi lama 100 Yuan yang berada di pasaran. Wang kertas lama ini akan dikumpul dan dimusnahkan. Bagaimana wang kertas yang banyak ini akan dimusnahkan?

Sebuah media tempatan di China telah menjelaskan bagaimana kesemua wang kertas ini dimusnahkan.

Pertama, semua wang kertas yang telah dikumpulkan akan dihancurkan oleh pihak bank. Kemudian bank akan menghantar kesemua wang kertas yang telah dihancurkan itu ke satu syarikat.

Syarikat yang bernama Biomass Power Generation Co. Ltd di Yancheng, Wilayah Jiangsu itu akan menggunakan wang kertas yang dihancurkan itu untuk proses ditukarkan menjadi tenaga elektrik melalui insinerator.

Beberapa tan wang kertas lama yang telah dihancurkan akan dihantar ke syarikat Biomass Power Generation di Yancheng lalu dikumpul dan dimampatkan

Kredit: CEN

Wang kertas yang telah dihancur dan dimampatkan merupakan bahan api biomas yang sangat baik kerana ia lebih kering dan rendah kadar kelembapan

Kredit: CEN

Jika membandingkan wang kertas lama ini dengan penggunaan bahan bakar lain, keputusan menggunakan wang kertas adalah lebih baik. Ia akan mudah terbakar dan tahap kelembapan di dalam wang kertas adalah sangat rendah.

Sebuah lori dengan muatan 30 tan wang kertas yuan lama yang telah dihancurkan mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 30,000 kilowatt (kWh).

Jika sebuah rumah biasa menjana tenaga elektrik sebanyak 100 kWh sebulan, jadi sebuah lori dengan 30 tan wang kertas mampu membekalkan bekalan tenaga elektrik kepada rumah biasa selama 25 tahun.

Selepas wang kertas lama ini dihancurkan, ia akan dicampur dengan jerami lalu menjadi bahan bakar yang sangat baik

Kredit: CEN

Apabila wang kertas lama ini dikumpul oleh bank dan dihantar ke Biomass Power Generation Co.Ltd, setiap lori membawa 30 tan wang kertas Yuan lama yang bernilai 15.3 Bilion Yuan (RM10 Bilion). Setiap bulan terdapat 5 buah lori penuh muatan wang kertas Yuan lama yang akan dibakar.

Setiap tahun, sebanyak 1,800 tan wang kertas lama akan dibakar. Semasa proses pembakaran wang kertas lama ini dijalankan, syarikat mempunyai beberapa cara untuk mengurangkan pencemaran. Selepas wang kertas lama dibakar, debu pembakaran akan dikumpul dengan teliti dan berhati-hati.

Untuk memastikan keseimbangan persekitaran dan tidak menjejaskan alam sekitar kesan dari perlupusan wang kertas tersebut, semua debu yang telah dikumpul akan dimampatkan menjadi batu-bata bagi pembinaan bangunan.

Selepas wang kertas lama ini dibakar, lebihan debu akan dikumpul dan dimampat menjadi batu-bata untuk pembinaan bangunan

Kredit: CEN

Wang kertas lama yang tidak lagi bernilai ini tidak akan dibuang begitu sahaja. Kesemuanya dikumpul dan dilupuskan untuk membekalkan tenaga elektrik bagi sebuah bandar dan menjadi bahan binaan.

Tonton video berkenaan :

Kredit : Era Baru

Tags: , , , , ,

Category: Kreatif

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *