Tak Mahu Pindah! Bapa & Anak Ini Tinggal Di Dalam ‘Almari’, Puncanya Pasti Ramai Nak Tahu !!!

| October 22, 2017 | 0 Comments

Tak Mahu Pindah! Bapa & Anak Ini Tinggal Di Dalam ‘Almari’, Puncanya Pasti Ramai Nak Tahu !!! | KITA VIRAL – Terdapat satu kediaman dengan beberapa buah bilik yang sudah usang dan terbiar terletak di satu lorong kecil di Hanoi, Vietnam.

Beberapa penghuni telah tinggal di dalamnya termasuk seorang lelaki tua dan anak lelakinya, yang menghuni di satu ‘bilik’ paling kecil di kediaman lama itu.

Bertemu dengan Cao Chu Van yang berusia 70 tahun yang tinggal bersama anak lelakinya yang berusia 29 tahun, yang memanggil sebuah ruang kecil di kediaman usang tersebut sebagai rumah mereka selama 25 tahun.

Rumah yang mereka diami itu sebenarnya adalah sebuah almari lama yang berada di dalam kediaman itu.

Berikutan keadaan mereka yang sangat miskin, Cao dan anak lelakinya mendiami satu ruang yang sangat sempit dan terhad di mana kehidupannya sangat ringkas dan berjimat cermat.

Apa yang dimilikinya hanyalah beberapa helai pakaian, botol air, sebuah cermin, sebatang sikat dan beberapa helai suratkhabar.

Terdapat banyak bilik kecil dalam kediaman lama itu, tetapi ruang sempit dan kecil ini adalah yang terkecil dan memecah rekod rumah terkecil, kata Cao dengan nada lucu.

Kediaman Cao berukuran setinggi 1 meter, 2.5 meter lebar dan 1.4 meter dalam. Dari ruang tangga bangunan yang setinggi 16 meter.

Kita dapat melihat ruang lain dari tempat tinggalnya kerana tiada pintu yang menutup bilik kecil itu. Dari dalam, tiada meja atau kerusi yang boleh muat di dalam ruang kecil itu.

Walaupun kediamannya tiada pintu, Cao secara bergurau berkata, ‘rumahnya’ itu dikawal sempurna, kerana tiada barang yang boleh menarik minat pencuri untuk memecah masuk.

Oleh kerana bilik itu tidak mempunyai bilik air, Cao akan menggunakan tandas awam sebagai tempat membersihkan dirinya.

Semasa musim panas, keadaan menjadi sangat panas dan lembab di Vietnam. Dan biliknya bagai ketuhar yang panas.

Tetapi katanya, “Saya sudah biasa tinggal di sini. Mereka berkata tempat ini panas, tetapi saya berasa nyaman berada di sini.”

Selama 25 tahun, Cao sudah biasa tidak boleh berdiri tegak di ruang yang sempit itu kerana silingnya yang terlalu rendah.

Jadi, perkara mudah seperti menyalin dan memakai pakaian tidak boleh dilakukan secara berdiri tetapi hanya dengan menunduk atau berbaring.

Lebih dari itu, ruang yang sempit dan menjadi tempat tinggal Cao dan anak lelakinya tidak mempunyai ruang tidur yang sempurna. Kedua mereka akan berbaring dengan posisi melunjur tegak apabila tidur.

Tiada tetamu yang datang ke ruang sempit ini kecuali jirannya yang memiliki bangunan usang tersebut. Beliau telah membenarkan Cao dan anak lelakinya tinggal di ruang sempit itu secara percuma.

Cao ada menyatakan terdapat orang ramai yang ingin tahu bagaimana kehidupannya boleh menjadi begitu daif, di mana isterinya dan bagaimana dia berseorangan membesarkan anak lelakinya dan menyekolahkan anak lelakinya.

Lelaki tua ini tidak menjawab soalan itu, sebaliknya hanya tersenyum sinis dan sedih. Seolah dia tidak mahu membincangkan perkara itu. Isterinya tiada di situ buat sementara waktu kerana telah ‘pergi’.

Apa yang menarik dengan kehidupannya ialah Cao suka membaca suratkhabar setiap hari. Bagi Cao, suratkhabar bukan menjadi sumber menimba pengetahuan, tetapi sebagai ‘teman’.

Biasanya Cao akan membaca suratkhabar dengan posisi menyangkung, dengan lututnya berada di dada.

Akan tetapi, satu cabaran apabila membaca suratkhabar ialah tiada lampu di dalam bilik yang sempit itu. Cao bertuah kerana jirannya membantu dengan memberinya lampu dan kipas angin.

Untuk makanan, Cao biasa membelanjakan RM2.00 sehari untuk membeli makanan di tepi jalan. Tetapi, Cao adalah seorang yang bersikap positif dengan berkata, “Hidangan ini sangat lazat bagai hidangan berkualiti dari restoran pada pendapat saya.”

Cao tidak pernah mempunyai kerja yang tetap atau menerima apa-apa pencen. Katanya dia cuba melakukan kerja-kerja pelik di sana sini untuk menyara kehidupan.

Cao akan bekerja di kedai kopi buat sementara waktu, dan kemudian bekerja di tempat lain di kemudian hari. Dan Cao tidak mengulas lanjut tentang kerja itu.

Walaupun dirinya sendiri berada dalam kesusahan, Cao berasa sangat risau dengan kehidupan anak lelakinya.

Katanya, dia percaya yang suatu hari nanti, anak lelakinya perlu mempunyai keluarga yang normal dan kehidupan yang lebih baik.

Cao berkata, dengan tinggal di bilik yang sempit dipanggil ‘rumah’ ini, anak lelakinya menjadi sangat kritikal pada diri, dan dia menjauhkan dirinya dari dunia luar.

Apabila dia akan berkahwin kelak, Cao akan meminta anak lelakinya keluar melihat dunia luar dengan lebih kerap.

Apabila wartawan dari stesen TTVN selesai menemubual Cao, dia tersenyum dan memberitahu, “Saya sudah tua sekarang dan akan menerima bantuan dari orang lain.

Tetapi saya tidak mengharapakan apa-apa. Saya masih sihat dan mempunyai wang untuk menjalani kehidupan.

Kamu melihat kehidupan saya ini sukar tetapi saya melihat kehidupan saya lebih gembira dari orang lain, kerana saya masih ada tempat untuk tinggal.”

Cao menambah, “Saya masih boleh bekerja untuk membeli makanan dan suratkhabar yang saya baca ini.

Terdapat ramai lagi orang yang kurang bernasib baik di luar sana, yang tidak merungut dengan kehidupan mereka, dengan tidak berkata apa-apa.”

Kredit foto: ttvn.vn

Kredit : Era Baru

Tags: , , , ,

Category: Kisah Rumahtangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *