Polis Kongsi Hasil Bedah Siasat & Punca Kematian 2 Anggota TLDM !!!

| October 1, 2017 | 0 Comments

Polis Kongsi Hasil Bedah Siasat & Punca Kematian 2 Anggota TLDM !!! | KITA VIRAL – Polis kini mengklasifikasi kes dua anggota TLDM yang meninggal dunia dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil bedah siasat terhadap kedua-dua anggota terbabit mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

HASIL BEDAH SIASAT

“Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat dibedah siasat jam 3.30 petang hingga 7 malam dan hasil bedah siasat dapati punca kematian adalah pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

“Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri pula dilakukan pada jam 9 malam hingga 11.30 malam dan punca kematian adalah pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

POLIS RECORD PERCAKAPAN TAHANAN

Menurutnya, polis sudah merakam percakapan lapan tahanan yang ada dilokasi kejadian selain 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas ketika kejadian.

“Rampasan dilakukan terhadap set kamera litar tertutup (CCTV), tujuh cotar (t baton), buku log bertugas dan buku log SOP (perintah tetap Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi selain beberapa telefon bimbit untuk tujuan siasatan,” katanya.

SUSPEK YANG DITANGKAP

Tian Kee berkata, bertindak atas maklumat bedah siasat itu pada kira-kira jam 9.30 malam tadi, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah membuat tiga tangkapan.

“Tangkapan membabitkan tiga suspek lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun.

“Kesemua tangkapan akan direman untuk membantu siasatan di Mahkamah Seri Manjung hari ini,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek terbabit bertugas bagi syif bertarikh 29 Seotember jam 10 pagi hingga 10 malam.

PENDERAAN DUA ANGGOTA TERBABIT

“Hasil siasatan awal daripada bedah siasat yang dilakukan ke atas kedua-dua anggota TLDM terbabit dipercayai ada berlakunya kes penderaan yang mendatangkan kecederaan.

“Daripada penemuan ini, siasatan diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Kredit : EBerita

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *