Lelaki Disembur Alat Pemadam Api Sebaik Tiba Untuk Isi Minyak, Tindakan Pekerja Petrol Pump Itu Ramai SETUJU !!!

| October 8, 2017 | 0 Comments

Lelaki Disembur Alat Pemadam Api Sebaik Tiba Untuk Isi Minyak, Tindakan Pekerja Petrol Pump Itu Ramai SETUJU !!! | KITA VIRAL – Pengguna khususnya diingatkan supaya tidak memandang ringan peraturan keselamatan yang telah ditetapkan apabila berada di stesen minyak.

Peraturan itu merangkumi larangan merokok dan penggunaan telefon bimbit ketika pengisian minyak ke dalam kenderaan.

Orang ramai perlu menitikberatkan isu keselamatan ini untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Di dalam video ini menunjukkan seorang lelaki yang baru tiba di stesen minyak keluar daripada keretanya sambil merokok.

Pekerja yang menyedari kejadian itu bertindak mengambil alat pemadam api yang berada berhampiran dan menyembur lelaki yang sedang merokok tersebut.

Lelaki tersebut kelihatan berang dengan tindakan pekerja itu. Kelihatan juga dua orang rakan lelaki tersebut keluar daripada kereta.

Kita tidak sepatutnya memandang remeh tentang peraturan keselamatan di stesen minyak kerana ia melibatkan nyawa kita dan orang di sekeliling.

Video Berkenaan :

Sumber : Era Baru

Tags: , , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *