Gadis Guling-Guling Atas Jalan Waktu Malam Dalam Hujan Lebat, Puncanya Satu Taman Perumahan Jadi KECOH !!!

| October 10, 2017 | 0 Comments

Gadis Guling-Guling Atas Jalan Waktu Malam Dalam Hujan Lebat, Puncanya Satu Taman Perumahan Jadi KECOH !!! | KITA VIRAL – Dalam kejadian jam 9 malam itu menyebabkan kawasan taman perumahan itu gempar, namun penduduk tidak berani membantu kerana gadis itu bertindak agresif.

Seorang gadis yang tidak dapat menerima hakikat lelaki dicintainya sudah beristeri, bertindak luar batasan apabila berguling-guling kira-kira sejam di atas jalan ketika hujan lebat.

Sambil mengancam mencederakan dirinya di sebuah taman perumahan di Pulau Sebang, di sini, malam kelmarin.

Anggota bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil ke tempat kejadian bagi membantu menenangkan gadis itu.

Sumber berkata, gadis itu mengenali seorang lelaki dari Simpang Ampat, dekat sini, berusia awal 30-an sejak beberapa bulan lalu melalui laman sosial ketika bekerja di tempat kelahirannya di Perak.

“Pada awal perkenalan lelaki itu mendakwa ahli perniagaan batu kapur dan masih bujang menyebabkan gadis memiliki wajah menarik itu jatuh hati.

“Perkenalan mereka makin erat selepas gadis itu diajak menyertai satu kumpulan sembang dalam Whatsapp sebelum lelaki itu meminta dia datang ke daerah ini dan tinggal bersama datuk dan neneknya,” katanya.

Menurutnya, selepas dipujuk gadis itu bersetuju datang ke negeri ini dan tinggal bersama datuk dan neneknya yang berniaga di sebuah pasar awam.

“Sepanjang mengenali lelaki itu, gadis yang bekerja membantu datuk dan neneknya sering dibawa bersiar-siar sekitar bandar raya Melaka dan Seremban selepas bekerja, malah mereka merancang berkahwin dengan restu keluarga.

“Gadis itu mengajak teman lelakinya berjumpa datuk dan neneknya, namun lelaki berkenaan sering mengelak dengan alasan sibuk bekerja sebelum mula menjauhkan diri,” katanya.

Menurutnya, banyak panggilan telefon gadis itu tidak berjawab manakala pesanan melalui Whatsapp juga tidak dibalas lelaki berkenaan.

Kata sumber itu, mangsa tetap berusaha menghubungi telefon bimbit lelaki itu sehinggalah panggilannya dijawab seorang wanita yang mendakwa isteri kepada lelaki berkenaan dan menurutnya mereka sudah 10 tahun berkahwin.

“Mendengar pengakuan wanita itu, gadis berkenaan menjadi bingung. Dia semakin tertekan apabila teman lelakinya menghubunginya dan dikatakan mendesak dia supaya tidak mengganggu kehidupannya.

“Kecewa dengan tindakan pasangannya itu, mangsa cuba mencederakan diri dengan berguling dan berbaring di atas jalan di hadapan rumah neneknya ketika hujan lebat kira-kira sejam sebelum diselamatkan,” katanya.

Kredit : EBerita

Tags: , , , , ,

Category: Kisah Rumahtangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *