Dirempuh Pemandu Leka Bermain Telefon, Anak Kecil Ini Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata !!!

| October 9, 2017 | 0 Comments

Dirempuh Pemandu Leka Bermain Telefon, Anak Kecil Ini Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata !!! | KITA VIRAL – Kejadian berlaku di daerah Hunan,China, yang mengakibatkan lima maut, manakala seorang terselamat dari rempuhan sebuah kereta 4WD.

Kereta itu dipandu lelaki yang terlalu asyik menggunakan telefon bimbit sehingga tidak menyedari kehadiran keluarga berkenaan. Sekelip mata anak kecil itu jadi yatim piatu. Dipetik dari TheReporter

Seorang kanak-kanak terselamat, namun ibu bapa dan 3 adik beradiknya maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika berjalan di tapi jalan, lapor China Digital Times.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi 2 Oktober lalu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pasangan suami isteri berjalan di bahu jalan sebelah kanan bersama dengan empat orang anak kecil mereka.

Suami isteri yang masing-masing memimpin tangan keempat-empat anak mereka di kiri dan kanan itu berjalan seperti biasa ke destinasi mereka.

Namun secara tiba-tiba sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu dengan laju merempuh keluarga itu dengan kuat sehingga menyebabkan kesemua mangsa tercampak, manakala si bapa diseret lebih kurang 100 meter sebelum berhenti.

Lima mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala hanya seorang sahaja kanak-kanak yang terselamat dalam kejadian itu.

Mangsa yang terselamat segera berdiri dan menangis dalam kesakitan apabila mendapati keluarganya sudah mati dirempuh kenderaan tersebut.

Orang ramai yang ternampak kejadian itu kemudian keluar untuk melihat apa yang berlaku. Sekumpulan lelaki segera menahan pemandu kereta tersebut kerana bimbang lelaki itu melarikan diri.

Posted by Wow 够够力 on Saturday, October 7, 2017

 

Posted by Wow 够够力 on Saturday, October 7, 2017

 

Posted by Wow 够够力 on Saturday, October 7, 2017

Menurut sumber, kejadian itu berpunca dari tindakan pemandu kenderaan itu yang bermain dengan telefon bimbitnya sehingga menyebabkan dia tidak menyedari pemanduannya tersasar lalu merempuh keluarga berkenaan.

Difahamkan, pemandu itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan pemandu terbabit dan meminta pihak berkuasa di negara itu mengenakan hukuman yang berat.

Hukuman berat terhadap lelaki itu agar menjadi pengajaran kepada semua pengguna jalan raya supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Kredit : TheReporter

Tags: , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *