Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dia Menghabiskan Gajinya Demi Membelikan 2 Pasang Kasut Untuk ‘Orang Asing’, Ternyata, ‘Misteri Disebaliknya’ Amat MENGEJUTKAN !!!

| October 19, 2017 | 0 Comments

Dia Menghabiskan Gajinya Demi Membelikan 2 Pasang Kasut Untuk ‘Orang Asing’, Ternyata, ‘Misteri Disebaliknya’ Amat MENGEJUTKAN !!! | KITA VIRAL – Di Amerika syarikat, ada seorang lelaki berusia 17 tahun. Dia memiliki hati yang mulia dan tanpa segan-silu membantu orang lain, termasuklah wanita asing ini.

Pada tanggal 27 hari bulan yang lalu, Sabrina Laffan berkongsikan kisahnya di media sosial. Kisahnya itu melibatkan dirinya dan anaknya yang bernama Connor Laffan.

Catatanya sudah diserahkan pada page “Love What Matters”, dan hampir 30,000 orang yang like dan share pula hampir 4,000 kali.

Kisahnya pada hari itu, Connor sedang berada di sekolah, tetapi kerana badan tidak berapa sihat, akhirnya ibunya (Sabrina) menjemputnya.

Dalam masa yang sama waktu sudah tengahari, Sabrina memutuskan untuk singgah untuk makan tengahari dahulu dan kemudian terus ke ‘car wash’ untuk mencuci keretanya.

Ketika sedang ingin membelok ke kiri, Connor melihat seorang wanita yang sedang menolak sebuah troli besar yang isi didalamnya adalah barang seharian, wanita itu kelihatan sangat susah dan menderita.

Connor terus memerhati dan dia menyedari kasut yang dipakai wanita itu adalah kasut ‘spikes’ yang biasa digunakan untuk bermain baseball.

Malihat hal ini membuatkan dia berasa sedih, kerana mana mungkin seorang wanita memakai kasut seperti itu.

Dia berfikir mungkin wanita itu memungut kasut itu di suatu tempat, kerana wanita itu tidak memiliki wang untuk membeli kasut.

Kasut ‘spikes’ adalah kasut yang dipakai oleh seorang atlet baseball ketika sedang berada di padang. Kasut seperti itu biasanya digunakan agar boleh menahan dengan lebih kemas dan tidak mudah jatuh ketika bermain di padang.

Tetapi jika untuk digunakan untuk berjalan-jalan, maka akan terasa tidak selesa, apatah lagi jika berjalan jauh dalam waktu yang lama.

Connor kemudian berkata kepada ibunya: “Ma, lihat tak? Wanita itu hanya pakai kasut spikes untuk berjalan.

Saya berharap saya boleh mengumpul duit, lalu membelikan sepasang kasut dan memberikannya kepada orang yang memerlukan.

Jika saya menjadi seperti wanita itu, mungkin saya setiap hari akan merasa terseksa memakai kasut seperti itu.”

Sabrina yang mendengar perkataan anaknya ini, bergegas menuju ke sebuah kedai kasut tanpa berkata apa-apa.

Connor masuk dan dia memilih 2 pasang kasut yang selesa dan boleh bertahan lama, satu kasut sukan biasa, dan satu lagi kasut ‘boot’ untuk dipakai ketika musim sejuk. Selain itu, dia juga membeli 6 pasang stokin kaki.

Connor beranggapan untuk memberikan kasut itu kepada wanita asing yang dia lihat tadi. Setelah selesai membeli, mereka bergegas kembali ke tempat dia melihat wanita asing itu.

Dan ternyata, wanita itu masih disana. Connor pun cepat-cepat turun dari kereta dan memberikan barang yang dibeli tadi kepada wanita itu.

Sabrina pula menunggu dalam kereta, dia melihat wanita asing itu memeluk Connor, begitu juga dengan Connor. Sabrina pun mengabadikan saat dengan mengambil beberapa foto kerana dia merasa kejadian itu sangat berharga.

Yang paling membuat Sabrina terharu adalah, ketika Connor mengambil bungkusan kasut baru itu, wanita asing itu menangis terharu.

Setelah selesai, Connor pun kembali ke kereta dan dia berkata: “Ma, hari ini adalah hari ulang tahunnya, dia merasa sangat bahagia.”

Sabrina sebagai seorang ibu merasa sangat bangga. Kejadian ini benar-benar satu kebetulan, Connor merasa badan tidak sihat.

Kemudian di tengah perjalanan dia melihat seorang wanita yang memerlukan, lalu dia pun tanpa ragu membantunya.

Tidak disangka hari itu adalah hari ulang tahun wanita asing itu. Boleh dibayangkan, ketika wanita itu memeluk Connor, dia pasti merasa sangat bahagia dan bersyukur.

Connor membeli kasut dan sarung kaki itu dengan wangnya sendiri yang dia dapatkan ketika dia bekerja ‘part time’. Dan harga semua kasut itu pula menyamai gajinya selama seminggu.

Sabrina sebenarnya tidak merancang untuk berkongsi kisah ini di media sosial, tetapi dia merasakan perkara ini boleh menjadi sebuah pembelajaran serta inspirasi bagi semua orang.

Wah! Bangga betul ada orang seperti Connor! Semoga kisah ini boleh membari inspirasi pada pembaca dalam kehidupan seharian.

Sumber : epochtimes

Tags: , , , ,

Category: Kisah Rumahtangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *