Park Sesuka Hati, Apa Pemandu Treler Lakukan Pada Kereta Ini Buat Ramai TERCENGANG !!!

| September 25, 2017 | 0 Comments

Park Sesuka Hati, Apa Pemandu Treler Lakukan Pada Kereta Ini Buat Ramai TERCENGANG !!! | KITA VIRAL – Satu rakaman menunjukkan satu kejadian berlaku antara sebuah treler dan kereta pacuan empat roda. Viral di media sosial, sebuah kereta pacuan empat roda mengalami calar dan rosak di bahagian kanan selepas digesel treler panjang yang melalui jalan tersebut.

Dalam video kejadian yang tidak dinyatakan masa dan lokasinya itu menunjukkan, treler berkenaan melalui jalan dua lorong di mana di bahu kiri dan kanan dijadikan sebagai parkir haram menyebabkan jalan itu menjadi sempit dan hanya boleh dilalui di bahagian tengah.

Bagaimanapun, keadaan itu menimbulkan masalah pada pemandu treler berkenaan yang tidak dapat melepasi jalan tersebut, sehingga menyebabkan bahagian belakang kiri kenderaannya tergesel pada kereta orang awam.

Oleh kerana tiada pilihan lain, pemandu treler itu terpaksa meneruskan juga pemanduannya dan menyebabkan kereta pacuan empat roda itu calar dan tayarnya pancit.

Sementara itu di media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi yang berbeza, namun rata-rata menyalahkan pemilik kenderaan yang meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya.

Ada netizen yang mempersoalkan mengapa pemandu lori berkenaan mengambil ruang yang terlalu dekat dengan kereta tersebut berbanding di ruang sebelah kanan yang nyata masih luas.

Namun, jelas segelintir netizen yang lain;

“Lori itu bukan saja-saja nak lanyak kereta itu. Dia bawa treler, kena ambil ruang untuk peluk. Jadi, kereta itu dah ambil ruang untuk treler itu belok.

“Treler bukan senang nak handle gerabak belakang, sebab dia bukan ikut kepala treler sangat,” kata netizen.

Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada golongan yang suka meletakkan kereta di zon atau tempat-tempat larangan.

Sumber : thereporter

Tags: , , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *