Dicemuh Masyarakat.. Ibu Suspek Bakar Pusat Tahfiz Luar Rasa SAYU !!!

| September 26, 2017 | 0 Comments

Dicemuh Masyarakat.. Ibu Suspek Bakar Pusat Tahfiz Luar Rasa SAYU !!! | KITA VIRAL – Sudah hampir dua minggu berlalu,namun tragedi kebakaran pusat tahfiz Ittifaqiyah di jalan keramat yang menewaskan 23 nyawa seakan-akan baru semalam terjadi.

 

Meskipun kesemua suspek sudah di tahan dan dikecam natizen namun keluarga suspek juga menjadi objek cemuhan masyarakat mendakwa ibu bapa mereka tidak pandai mendidik anak.

Menerusi laporan media ,wanita berusia 60 an yang juga merupakan ibu salah seorang suspek meluahkan rasa kecewa akibat tekanan dari masyarakat.

“Sebagai seorang ibu,saya mahukan yang terbaik buat anak-anak saya,untuk dia jaga (suspek) yang merupakan anak bongsu dalam keluarga”

Menurut wanita itu,dia memahami akan kemarahan orang sekeliling atas anak dan juga dirinya, namun dia berharap agar masyarakat cuba memahami akan situasi yang dia lalui.

“orang boleh cakap apa yang mereka mahu,tapi mereka tak tahu yang yang merangkak keluar ketengah jalan mencarinya apabila anak balik lewat”

“Mereka tak tahu saya juga sering periksa barang-barang bawah katilnya untuk periksa sama ada dia ada sorok apa-apa dari saya”

“Saya juga seperti ibu bapa yang lain,setiap saat memerhati akan gerak gerik anak,dan saya juga harus bekerja untuk menampung kehidupan”

“Saya dah tua dan begitu payah untuk seorang ibu tunggal seperti saya mengawalnya setiap masa”luahnya.

Wanita itu juga mendakwa,dia berhenti menghantar anaknya kesekolah sejak beberapa tahun lepas kerana suspek enggan lagi untuk belajar.

Mereka 4 beranak tinggal di taman datuk keramat tidak jauh dari lokasi kejadian,walau bagai manapun ibu suspek enggan berbicara mengenai anak-anak lainnya kepada media.

Sementara menurut bapa suspek yang bekerja sebagai pencuci tanda awam di belakang sekolah tahfiz itu,dia telah meninggalkan keluarganya beberapa tahun lalu.

Namun apa yang menyedihkan dia kini di buang kerja selepas tersebar berita penangkapan anak lelakinya.

Manakala ibu suspek masih lagi bekerja sebagai pembantu di pasar dengan pendapatan Rm 30 sehari.

Sebak dengan apa yang menimpa,wanita tersebut mengaku pergi melawat anaknya di balai polis pada kamis lepas.

“Sudah semestinya dia menangis dan tidak mengaku terlibat dalam kejadian tersebut.dia juga menolak tuduhan mengambil dadah”

“Saya hanya memberitahu untuk bercakap yang benar sahaja kepada pihak polis dan jangan takut kalau dia tidak buat apa-apa kesalahan”katanya

Dalam pada masa yang sama,pihak bomba sudah menemui bukti yang menunjukkan remaja-remaja tersebut terlibat dalam kebakaran pusat tahfiz pada 14 september lepas,manakala pihak polis menyiasat kes ini sebagai kes bunuh.

“Saya tidak beri macam-macam alasan berkenan anak saya.saya juga tahu akan hukuman berat yang bakal dihadapinya jikalau ia terbukti bersalah”

“Sebagai seorang ibu,saya hanya minta dia berkongsi segala informasi yang dia ada kepada pihak polis”

“Buat masa ini saya hanya mampu berdoa supaya di beri kekuatan untuk melalui semua ini,dimana keluarga saya dan anak lelaki menjadi objek kemarahan masyarakat.katanya

Kredit : EBerita

Tags: , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *