Bapa Ini Kongsi Realiti SEBENAR Disebalik Menghantar Anak Ke Pusat Pengajian Tahfiz !!!

| September 18, 2017 | 2 Comments

Bapa Ini Kongsi Realiti SEBENAR Disebalik Menghantar Anak Ke Pusat Pengajian Tahfiz !!! | KITA VIRAL – Rentetan tragedi Maahad Tahfiz baru ini izinkan saya utk meluahkan rasa sebagai seorang ayah yg menghantar anaknya ke Mahaad Tahfiz.

Ini adalah berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh ramai pihak mengenai kejadian tersebut. TPM mengatakan jangan gadaikan keselamatan untuk akhirat.

ORANG RAMAI LANTANG BERI KOMEN

Ada celebriti yang begitu lantang marah dengan mudir dan pengurusan tahfiz.

Ada figura ternama yang minta semua tahfiz tidak di daftar ditutup serta merta. Ramai pula yang mempertikaikan ibu bapa tidak mementingkan aspek keselamatan.

Sebenarnya saya juga tidak tahu banyak mengenai tahfiz sebelum saya menghantar anak saya ke tahfiz 3 tahun yang lalu.

Naufal seawal usia 9 tahun telah menyatakan minat utk masuk tahfiz.

HENTI SEKOLAH AKADEMIK WALAU CEMERLANG

Tanpa melengahkan masa kami mengambil keputusan untuk menghentikan sekolah akademiknya (walaupun dia cemerlang dlm akademik) dan mencari tahfiz yang sesuai.

Baru kami sedar bukan senang mencari tahfiz….

1. Kalau yang berdaftar biasanya akan hanya menerima pelajar 13 tahun ke atas

2. Kalau yang cantik dan lengkap dan di kelolakan oleh ustaz selebriti biasanya mahal dan di luar kemampuan kami dan agak jauh dari rumah.

Akhirnya kami ketemu sebuah tahfiz yang baru di buka di pinggir ttdijaya.

Rumah corner lot yang serba kurang tapi saya berbincang dengan isteri mengambil keputusan untuk hantar juga. Bukan tidak terdetik apa yang akan berlaku jika ada kebakaran kerana tidak ada pintu kecemasan tetapi seperti ibu bapa lain yang menghantar anak ke tahfiz.

BUKAN MAKSUD MEWAKAFKAN ANAK NAMUN..

Kami bukan menyerahkan anak kepada tahfiz tetapi mewakafkan anak ini untuk Islam dan yakin Allah mempunyai perancangan yang baik untuknya.

Tapi tahukah berapa kali kami pernah menangis bila menghantarnya pulang lepas bercuti. Dapatkah aku lihat wajah ini lagi ya Allah.

Tahun lepas kami mengambil keputusan untuk menukarkan tahfiz lain dan tidak berasrama.

Ulang alik dari pkl 7.30 pagi ke 9 malam.

Hari pertama meghantar naufal ke tahfiz, kebakaran berlaku di tahfiz memusnahkan sebuah bilik. Alhamdulillah semua pelajar berada di surau untuk solat maghrib.

Tapi kami tidak berputus asa dan meneruskan juga kerana menghantar anak ke tahfiz ujiannya bukan sedikit.

Kami bukan lah bercita-cita untuk menjadikan dia imam masjidil haram atau pun imam masjid shah alam sekali pun.

BERAKHLAK SEPERTI AL-QURAN

Seperti ingatan saya pada Naufal selalu.

Naufal boleh jadi apa pun yang naufal hendak apabila besar. Dari seorang doktor kepada peniaga minyak attar di sudut masjid. tetapi akhlak naufal kena akhlak Al quran.

Mungkin ramai yang tidak tahu kebanyakan tahfiz mengenakan bayaran antara rm200 ke rm400 sebulan. Ini termasuklah sewa, gaji guru, gaji warden, makan 4 kali sehari, tempat tinggal dan sebagainya. Congak la sendiri kalau cukup.

CARI DANA PERBELANJAAN

Biasanya pusat tahfiz akan cari sendiri dana bagi menampung lebihan perbelanjaan mereka. Nak mengharapkan pusat zakat dan baitulmal, mmphh macam2 syarat dan kelulusan.

Nak mengharapkan koporat ada yang mengenakan syarat hanya yang ada aliran agama dan akademik yang dapat bantuan. Belum lagi yang meminta kertas kerja dan kelulusan dsbnya.

FUNGSI ANAK TAHFIZ PADA MASYARAKAT SEKARANG

Tahfiz dipandang sepi. Anak2 tahfiz pula seringkali dikata sejuk mata memandang. Jemputan ke majlis kenduri tahlil, cukur jambul, rumah baru dan sebagainya. Dapat rm5 atau 10 seorang. Itu lah fungsi tahfiz di tengah2 masyarakat kita.

Tapi tahukah anda banyak mana zaman kanak2 dan remaja yang telah mereka korbankan untuk terus menjadi pewaris naskah mukjizat ini?

Dengan izin Allah, mereka la yang akan memimpin kita sebenarnya.

Kami yang inginkan anak2 menjadi tahfiz faham benar tentang keperluan keselamatan tetapi adakah kami mempunyai pilihan?

Kami bukan menghantar anak ke yamaha muzik. Kumon atau montesorri berjenama utk kani demand itu dan ini dari pihak tahfiz. Kami faham benar dengan kekangan kewangan tahfiz. Sekali lagi kami berserah pada Allah.

Apabila sesuatu berlaku pada tahfiz kena begitu mudah menyalahkan ibubapa dan ustaz tahfiz. Bukannya ustaz2 tu yang buat marketing supaya kami daftar.

Kami yang mencari dan redho menghantar, kami yang memilih jalan itu. Bagi kami ustaz tahfiz banyak berkorban utk mendidik jiwa2 kecil ini. Kami terhutang budi.

Sehingga kini menghantar naufal setiap pagi. Saya akan menciumnya dan memandang dalam matanya. Hati saya siapa yang tahu.

Kalau kerajaan ikhlas menolong kenapa tidak adakan aliran tahfiz di sekolah2 terpilih. Tahfiiz tanpa akademik! ada bran?

Kenapa tidak mudahkan proses perlesenan?

Kenapa campur adukan politik dengan sekolah tahfiz ?

Jangan bimbang serban putih ini tidak mengugat.

Kenapa tidak ada menteri yang bangun mengatakan tahfiz akan di bantu. Dibinakan bangunan dan di selaraskan di bawah kem pendidikan.

Kenapa tidak ada suara2 utk memartabatkan institusi tahfiz berdiri gah seperti srkolah chung hwa, pin hwa hin hwa kwang hwa (go visit this schools in klang).

Sampai bila kita hendak melihat tahfiz menumpang disurau, rumah2 kedai, rumah2 corner yg di ubahsuai dan rumah2 banglo usang yang tak tahu bilakah pendawaiannya pernah diselenggara kali terakhir?

Ustaz2nya memandu van burok membawa anak2 ini ke kenduri sana sini. Sampai bila dan berapa banyak nyawa lagi?

Saya pohon sekali lagi..

Jangan komen jika tidak tahu apa yang dialami oleh institusi pendidikan tahfiz.

Jangan salahkan mudir atau pengurusan tahfiz. Mereka telah banyak berkorban.

Jangan kata ibu bapa tidak peduli.

Kami punya kekangan kewangan juga untuk memilih tahfiz yg bertilam empuk dan spinkler sana sini. Bantu la anak2 tahfiz.

Kita tidak tahu siapa di antara mereka yang akan solat dan talkinkan kita nanti.

Maafkan sata jika terkasar bahasa dan doakan Naufal.

Kredit : Sheik Amir Hussien

Tags: , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Zack says:

    Saya amat bersetuju dengan apa yg dinyatakan..Saya sendiri mempunyai pengalaman seperti penulis, malah anak saya bertukar tempat belajar lebih dari 3 madrasah dari umur beliau 13 tahun hinggalah 18 tahun,kini beliau menyambung pelajaran beliau didalam pengajian kitab di Prasanten diIndonesia…
    Memang betul ada kekurangan dalam Pengurusan Maahad Tahfiz diseluruh Malaysia, tetapi jika pihak kerajaan dan lebih lagi kepada Kementerian Hal Ehwal Islam atau Jabatan Agama Islam memberi kerjasama kepada mereka, maka ianya dapat membantu agar semua pusat tahfiz dapat didaftarkan dan bantuan disalurkan tanpa mengira fahaman politik atau sebagainya…
    Pusat Tahfiz haruslah mengikut piawaian yg ditetapkan agar keselamatan dan pembelajaran pelajar terjamin. Sikap birokrasi agensi tertentu haruslah dikaji semula, permudahkanlah urusan yang ada berkenaan dengan pengajian Islam….
    Janganlah kerana kejadian yg menimpa 23 mangsa di Keramat menjadikan contoh buruk kepada Institusi Madrasah Tahfiz, tapi disebaliknya kita haruslah menjadikannya sebagai pengajaran agar langkah2 keselamatan haruslah diperketatkan dan bantuan serta sokongan hendaklah berterusan dan jika boleh diperbanyakkan lagi Pusat-Pusat Tahfiz agar generasi yg akan datang lebih berakhlak dan kita seharusnya menyokong perkembangan Pusat-pusat Tahfiz ini…
    Apa yang perlu dilihat pada masa ini ialah pusat-pusat hiburan seperti kelab2 malam, pusat snooker dan internit haruslah dikurangkan dan seharusnya ditutup terus agar umat Islam tidak mengunjungi tempat-tempat tersebut….
    Janganlah kita menunding jari tentang kesalahan orang saja, lihat diri dan keluarga kita dahulu, apakah sokongan kita kepada Institusi agama kita sendiri,walaupun anak-anak madrasah ini tidurnya beralas tilam nipis, makannya ala kadar, tetapi ilmu yg mereka ada adalah penyelamat kepada generasi akan datang. Contoh dan perbezaan ada dihadapan mata kita, kejalan dunia hasilnya lumayan tetapi akhlaknya….walaupun tiada sanjungan dan kemewahan tapi hasilnya berkekalan jika dijalan akhirat…
    Fikirkan lah kemanakah arah tuju kita semua di akhir zaman ini, adakah kita mahu kelalaian membelengu kita semua…
    Maaf dipinta jika tulisan saya ini ada yang menyinggung perasaan anda semua…

    Wassalam…

  2. Tokmummy says:

    Saya setuju dengan segala kebaikan yang boleh anak terima dari institusi Tahfiz.
    Tapi saya kesal dengan ibubapa yang hanya mahu bayar sedikit saja untuk pembiayaan pendidikan anak2 mereka disana.
    Umumnya pelajar tahfiz hanya dikenakan lebih kurang RM50 seorang sebulan.Kesian pihak tahfiz.
    Takkan bayar RM50 saja.Ini tahun 2017 bukan 1970an.
    Siap makan minum kot.Kalau anak sekolah biasa pun sehari RM2, 20 hari sekolah dah RM40.Tambang? Kokorikulum? Cikgu nak itu ini, deco kelas, alas meja , macam2 anak saya kena bayar kat sekolah kebangsaan.
    Anak tahfiz, 24 jam Cikgu jaga kot.
    Kesian sungguh masyarakat tahfiz.Siap kena marah2 lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *