Rahsia Mesin Jahit Lama Ibu, Ini HARTA Ibu Simpan Kat Laci Mesin Yg MENGEJUTKAN !!!

| July 23, 2017 | 0 Comments

Rahsia Mesin Jahit Lama Ibu, Ini HARTA Ibu Simpan Kat Laci Mesin Yg MENGEJUTKAN !!! | Aku dan suami tinggal di kampung, suamiku mempunyai seorang adik perempuan. Ibu mertua lebih menyayangi adik dari suamiku.

Sementara itu, adik ipar pula ego orangnya, suka menghitung untung rugi.

Aku dan dia tidak akrab, dan jarang atau boleh dikata hampir tidak pernah berkomunikasi.

Tidak lama setelah dia menikah, adik iparku tinggal berasingan, secara umum memang nampak tinggal berasingan, tapi ibu mertua tetap pergi ke rumah adik ipar untuk memasak.

Antara lain, adik iparku suka mengambil barang-barang ibu mertuaku untuk diberikan pada saudara iparnya.

Adik ipar suka mengada-ngada dan berkeras, ibu mertua juga nampaknya agak segan dan mengalah dengannya.

Ibu mertua sebenarnya hanya mahu membantu pekerjaan adik iparku.

Saat selepas aku baru lepas bersalin, dingin rasanya hati ini ketika ibu mertua cakap tidak sempat merawat aku kerana harus membantu menjaga anak adik iparku.

Sikapku sendiri terhadap ibu mertua juga biasa-biasa saja, tidak terbilang baik juga tidak buruk.

Entah bagaimana aku mengharungi hari-hari yang menyesakkan dada itu, sehinggalah sekarang anak kami sudah bersekolah, selama itu, ibu mertua tidak pernah membelikan apa-apa pakaian pun untuk anakku sebagai hadiah.

Berbeza dengan anak adik ipar, ibu mertua selalu memberinya wang saku setiap hari, ia selalu mengatakan anak perempuan saya selalu membuli cucunya.

Tapi biarlah putriku juga tidak inginkan beberapa keping wang saku itu.

Belakangan ini, ibu mertua jatuh sakit, dan aku fikir adik ipar akan merawatnya kerana dia (ibu mertua) biasanya lebih ambil berat padanya sebelum ni.

Tapi tak disangka, adik iparku tidak peduli sama sekali, dan tidak menjenguknya.

Akhirnya akulah yang merawat ibu mertua sampai waktunya dipanggil Tuhan kembali.

Sebelum meninggal, ibu mertua meninggalkan wasiat, dalam wasiatnya ia menyerahkan rumah yang dihuninya itu untuk adik iparku, sementara aku hanya diberi sebuah mesin jahit tua.

Menjelang saat mahu (meninggal) pun tetap saja masih menyebelahi adik ipar.

Dengan sombongnya adik ipar pun pergi setelah menerima surat-surat geran rumah.

Sementara dada ini terasa sesak setiap hari melihat mesin jahit usang itu.

Suatu hari, baju anakku terkoyak, aku pun hendak menjahitnya dengan mesin jahit itu.

Disini terungkap satu rahsia beras saat membuka laci mesin jahit, aku melihat ada sebuah kotak bungkusan, kemudian aku membukanya dan melihat sebuah buku simpanan menabung dan secarik kertas dengan tulisan yang berbunyi :

“Menantu, buku tabungan ini untuk kamu, kerana takut diketahui/diprotes adik iparmu, jadi ibu sengaja menyimpannya di dalam laci mesin jahit tua ini”.

Ilustrasi

Ketika aku membuka buku tabungan itu tercetak angka 200 ribu yuan atau sekitar RM126 ribu dan selepas itu aku pun tak kuasa menahan tangisan.

Wang itu adalah tabungan seumur hidup ibu mertua, ternyata ibu mertua juga secara diam-diam ambil peduli dan memberi perhatian padaku.

Sejak kematian ibu mertua, aku pun tidak lagi berhubungan dengan adik iparku.

Berkat usahaku dan suami ditambah dengan tabungan ibu mertua, aku pun membeli sebuah rumah sederhana di kota, dan siap pindah ke rumahku-istanaku itu.

Sebelum pindah aku berpesan pada suami agar membawa mesin jahit itu.

Di kota kami juga membuka sebuah kedai makanan sederhana, dan hasil usahanya juga lumayan.

Sejak pindah ke kota, kami juga jarang pulang ke kampung.

Hanya saja sempat mendengar khabar tentang adik iparku yang katanya telah menghabiskan wang hasil penjualan rumah pemberian ibu mertua dulu, dan suaminya mengugut untuk cerai.

Wahai para insan dunia, hal sekecil apa pun yang kamu lakukan itu tak lepas dari pandangan Yang Maha Kuasa.

Ingatlah! Setiap perbuatan kita itu pasti akan ada balasannya, hanya waktu yang akan membuktikannya. (jhn/yant)

Sumber: beautieslife

P.S. 1 – Inilah Mengapa China Tidak Mahu Donald Trump Bertemu Dengan Ratu Cantik Ini !!!
P.S. 2 – Insha Allah Berkesan..Doa Dan Amalan Untuk Menyembuhkan Penyakit Rabun Mata…Sebarkan Moga Bermanfaat
P.S. 3 – TAKSUB Dengan Jus Kesihatan Ini..Doktor Dedah 5 Kes Penyakit Yg Paling Kerap Berlaku !!!
P.S. 4 – Lelaki Ini Minum 10 Tin Minuman Bergas Sehari Selama Sebulan..Ramai TERKEJUT Apa Jadi Pada Badannya !!!
P.S. 5 – Mengapa MASJID INI Dinamakan Masjidil Haram? Mengapa Bukan Masjidil Halal? Ini Penjelasan nya..

Tags: , , ,

Category: Kisah Rumahtangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *