Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Lelaki Ini Terhantuk Kepala Ketika Terjun Didalam Kolam, Beberapa Hari Kemudian, Kebolehan Dia Miliki Sgt MENGEJUTKAN !!!

| April 6, 2017 | 1 Comment

Lelaki Ini Terhantuk Kepala Ketika Terjun Didalam Kolam, Beberapa Hari Kemudian, Kebolehan Dia Miliki Sgt MENGEJUTKAN !!! | Ada individu yang dilahirkan memiliki bakat semulajadi seperti mempunyai suara yang merdu, berkebolehan dalam bidang lakonan dan sebagainya.

Namun, bayangkan jika pada satu hari, anda sedar dari tidur dan dengan serta merta memiliki kebolehan untuk bermain piano seperti pemain sebenar!

Nampaknya, lelaki dari Denver, Colorado ini benar-benar berhadapan dengan situasi berkenaan.

Derek Amato boleh bermain piano seperti profesional selepas insiden kemalangan di kolam.

Menurut Derek, kepalanya terhantuk di lantai kawasan kolam yang cetek selepas terjun ke dalamnya. Kemalangan ini telah menyebabkan berlakunya gegaran otak sekali gus mengganggu pendengaran dan menghilangkan ingatannya.

Walau bagaimanapun, beberapa hari kemudian, Derek secara tiba-tiba berasa ingin bermain piano buat pertama kalinya.

Dia telah memainkan beberapa buah lagu dengan susunan asal sehingga jam 2 pagi!

Derek juga telah menyatakan sesuatu di dalam sebuah blog di laman sesawang Persatuan Perubatan Wisconsin.

“Sambil menutup mata, saya mampu melihat imej struktur hitam dan putih bergerak dari kiri ke kanan. Imej tersebut memaparkan not-not muzik yang berterusan”.

Dia turut menerangkan detik-detik ketika dia memainkan piano di hadapan ibunya. Ibunya kelihatan sangat terkejut.

“Saya telah meminta ibu untuk duduk di sebelah saya. Saya masih ingat di mana saya bertanya sama ada dia sudah bersedia untuk melihat saya bermain piano. Saya pejamkan mata dan berharap imej hitam putih tersebut muncul di dalam bayangan saya”.

“Saya mula bermain piano seperti sedang mencari sesuatu yang tersembunyi di dalam minda saya selama ini. Ibu mula menangis dan bertanya apa yang sedang saya lakukan.

Respon saya kepada pertanyaan ibu adalah cukup mudah, mungkin Tuhan memutuskan untuk memberikan saya hadiah hari jadi lebih awal pada tahun ini”.

Walaupun dikurniakan dengan bakat yang tidak diduga, Derek terus mengalami komplikasi akibat daripada kemalangan tersebut.

Lihat video di bawah untuk memahami sendiri keadaan sebenar Derek Amato.

Kredit : Era Baru

P.S. 1 – Inilah Cara Bersihkan Rumah Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit !!!
P.S. 2 – Ustaz Ini Berani Bongkar Wajah Yakjuj & Makjuj Yang Selama Ini Dirahsiakan Amerika !!!
P.S. 3 – Kisah Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda..Memang MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – ”PERHATIAN” Para Ibu JANGAN PANASKAN Semula 10 Jenis Masakan Ini, Anda Lihat lah Sendiri Akibatnya !!!

Tags: , , ,

Category: Kemalangan, Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *