Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Inilah Video Aksi Lelaki Kejar Pencuri Kereta Kawan Hingga Terbabas Sempat Dirakam !!!

| April 5, 2017 | 0 Comments

Inilah Video Aksi Lelaki Kejar Pencuri Kereta Kawan Hingga Terbabas Sempat Dirakam !!! | MERSING – Tindakan pantas polis Mersing semalam berjaya menggagalkan cubaan seorang suspek melarikan sebuah kenderaan di hadapan sebuah restoran dekat  Jalan Ismail, di sini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Cyril Edward Nuing berkata suspek berjaya diberkas selepas melarikan diri kira-kira 80 kilometer (km).

“Sebaik menerima laporan daripada pengadu, Bilik Kawalan Daerah Mersing telah mengatur Ops Tutup dengan bantuan anggota dari Balai Polis Kahang.

“Suspek berjaya ditahan di pekan Kahang, Kluang bersama kereta mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Cyril berkata, kehilangan kereta Perodua Myvi itu disedari apabila rakan mangsa memberitahu kenderaan yang baru diparkir sekitar jam 8.15 pagi itu sudah tiada di tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Ismail, Mersing.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 31 tahun yang ditahan itu beralamat dari Bahau, Negeri Sembilan.

“Suspek yang ditangkap itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan berasal dari Bahau, Negeri Sembilan.

“Orang awam turut membantu pihak kami dalam tangkapan tersebut,” katanya.

Suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Mersing untuk pertuduhan, esok.

Kes curi kereta Mersing to kahang

Posted by Mohd Rafie on Monday, April 3, 2017

Kredit : SinarHarian

P.S. 1 – Sangka Ibu Bapa Tidur..Rupa-Rupanya..
P.S. 2 – Doktor PELIK Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya Suami..
P.S. 3 – (VIDEO) Patutlah Nabi Larang Simpan Patung Dalam Rumah, MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Misteri Teknologi Digunakan Nabi Nuh Untuk Membina Bahtera Yang Disembunyikan USA !!!
P.S. 5 – 5 Kegunaan Gel Silika Yang Anda Tak Tahu, Lebih Baik Jangan Buang !!!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *