Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

(VIDEO) Guru Wanita Terima Padah ‘Tembak’ Donald Trump Bikin Kecoh !!!

| January 27, 2017 | 0 Comments

(VIDEO) Guru Wanita Terima Padah ‘Tembak’ Donald Trump Bikin Kecoh !!! |Seorang guru di Amerika Syarikat (AS) digantung tugas susulan penularan video yang menunjukkan dia menjerit ‘mati’ sambil ‘menembak’ Presiden baharu Donald Trump menggunakan pistol air.

Kejadian itu berlaku di dalam kelasnya apabila guru wanita terbabit, Payal Modi menembak imej Trump yang disiarkan pada papan tulis ketika Presiden tersebut menghadiri majlis angkat sumpah.

Malah Modi turut memuatnaik video berkenaan dalam laman perkongsian Instagram, menyebabkan pihak sekolah di Dallas, Texas mengambil tindakan tegas terhadapnya.

Berdasarkan rakaman tersebut, turut kedengaran suara ketawa melihat aksi Modi tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka merupakan pelajar kelas tersebut.

Susulan penyebaran video itu, ramai pengguna media sosial mendesak pihak sekolah agar memecat Modi atas tindakan kurang bijaknya itu.

Tetapi wanita tersebut masih menerima pembelaan terutamanya dalam kalangan guru yang menyifatkan aksi tersebut sebagai gurauan.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Daerah Dallas menerusi kenyataannya berkata, pihaknya sedia maklum tentang penyebaran video tersebut melibatkan seorang guru di Sekolah Tinggi W.H Adamson.

“Guru berkenaan telah digantung tugas dan siasatan tentang kes itu masih berjalan,” jelas kenyataan itu.

Ekoran kes itu, Modi memadamkan klip video tersebut bagi mengelakkan isu berkenaan berlanjutan.-mStar Online

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *