Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kes Ikat Kanak-Kanak Di Taska, Inilah 4 Wanita Yang Ditahan Polis !!!

| January 21, 2017 | 0 Comments

Kes Ikat Kanak-Kanak Di Taska, Inilah 4 Wanita Yang Ditahan Polis !!! |Bangi – Empat wanita ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata semua wanita berkenaan, berusia antara 24 dan 46 tahun itu ditahan petang semalam.

Menurutnya, tiga wanita yang dipercayai pekerja taska ditahan di taska itu di Bandar Baru Bangi pada pukul 4.20 petang semalam.

“Hasil siasatan lanjut, seorang lagi wanita berusia 46 tahun yang merupakan pengurus taska berkenaan, ditahan di sebuah pangsapuri di Bangi pada pukul 5 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan serta mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Bangi, tersebar di laman sosial.

Menurut Othman, kanak-kanak terbabit juga telah menjalani pemeriksaan di hospital dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal. – Bernama

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , ,

Category: Kisah Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *