Kenapa 5 Jenis Barang ini Tidak Digalakkan Beli Di Kedai RM5? Ramai Terlepas Pandang..

| January 8, 2017 | 0 Comments

Kenapa 5 Jenis Barang ini Tidak Digalakkan Beli Di Kedai RM5? Ramai Terlepas Pandang.. | Lambakkan kedai RM5 yang menjual pelbagai barang harian tumbuh bagai cendawan selepas hujan di serata Malaysia.

Kebanyakannya barangan yang dijual dengan harga berpatutan ini datangnya dari Jepun malah ada juga dari China.

Namun perlu diingatkan bahawa sesetengah barangan tidak digalakkan untuk dibeli ekoran kualiti dan nilai yang tak berbaloi setanding harga.

Adakalanya barangan tersebut murah namun tidak berkualiti, ada juga kerana nilainya tak setanding harga.

Berikut adalah 5 barang yang tidak digalakkan untuk dibeli di kedai RM5:

Peralatan Memasa

Sebahagian dari peralatan memasak ini diperbuat dari plastik biasa. Meskipun label menyatakan ia diperbuat dari silikon tahan panas tetapi apabila menggunakannya, ia cair atau terbakar. Bahaya jika toksin masuk ke dalam makanan.

Alat Tulis

Alat tulis dijual dengan harga murah iaitu RM5 namun dalam bungkusan yakni kuantiti yang banyak. Jika membeli secara berasingan di kedai biasa, harganya lebih murah malah menjimatkan dan tidak membazir.

Kertas Pembalut

Mahal bukan? Meskipun dijual 2 atau 3 gulung dengan harga RM5, kertas pembalut sebenarnya tidaklah semahal itu. Kertas pembalut ada dijual semurah RM1 sekeping di kedai alat tulis biasa.

Air Tin / Berkarbonat

Anda akan membayar untuk hiasan animasi sahaja. Kebiasaannya seleksi air ini datangnya dari Jepun maka dihiasi dengan animasi kartun yang popular di sana. Rasanya lebih kurang atau sama sahaja dengan produk yang dipasar di Malaysia.

Krim Solekan

Jika anda fasih dan boleh membaca romaji Jepun, silakan membeli. Bahan yang terkandung dalam krim tersebut sememangnya tidak diketahui. Berkemungkinan mempunyai kadar toksik yang tinggi atau tidak sesuai untuk kulit orang Malaysia.

Walaupun begitu, bukan semua barang tidak sesuai dibeli di kedai RM5. Ada bermacam barangan lain yang berbaloi dibeli dengan harga semurah itu. Sarungkan idelogi ‘alah membeli menang memakai’ seketika melangkah masuk ke kedai berpatutan ini.MLCP

P.S. 1 – Inilah Cara Bersihkan Rumah Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit !!!
P.S. 2 – Ustaz Ini Berani Bongkar Wajah Yakjuj & Makjuj Yang Selama Ini Dirahsiakan Amerika !!!
P.S. 3 – Kisah Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda..Memang MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – ”PERHATIAN” Para Ibu JANGAN PANASKAN Semula 10 Jenis Masakan Ini, Anda Lihat lah Sendiri Akibatnya !!!

Tags: , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *