Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bayi Sangka Ular Kapak Ni Mainan..Apa Yg Diperlakukan Sampai Ular Mati MENGEJUTKAN !!!

| January 20, 2017 | 0 Comments

Bayi Sangka Ular Kapak Ni Mainan..Apa Yg Diperlakukan Sampai Ular Mati MENGEJUTKAN !!! |Seorang bayi berusia 17 bulan bernasib baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius selepas bertindak berani menggigit kepala seekor ular kapak sehingga menyebabkan reptilia itu mati, baru-baru ini.

Menurut laman web odditycentral.com, kejadian berlaku ketika Lorenzo, sedang bermain dengan anjing peliharaan di laman rumahnya, di bandar Mostardas, Rio Grande do Sul, sebelum didatangi seekor ular berbisa tersebut.

Ibunya, Jaine Ferreira Figueira, yang ketika itu melakukan kerja-kerja di dalam rumah terdengar Lorenzo menangis sebelum meluru ke arahnya.

Dia kemudian terkejut selepas mendapati, seekor ular berada di mulut Lorenzo, sementara pakaian anaknya dipenuhi darah.

Figueira bersama suaminya, Lucier bergegas ke hospital yang terletak kira-kira 175 kilometer dari rumah untuk merawat anaknya.

Bagaimanapun, pasangan itu bernasib baik selepas doktor mendapati tiada kesan patukan ular pada tubuh anaknya.

“Kemungkinan bayi ini terlalu takut, jadi saya fikir dia mahu mempertahankan diri atau mungkin dia merasakan ular itu mainan,” ujar Dr. Gilmar Carteri yang merawatnya di Hospital Sao Liuz.

Pasangan Figuira dan Lucier pada mulanya menganggap, binatang berbisa itu dibunuh oleh anjing peliharaan mereka, namun doktor mengesahkan ular berkenaan mati selepas digigit oleh anaknya.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

Tags: , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *