Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pujuk Terima Dia..Tunang Ja,Seminggu Lepas Tu Aku Takut Jumpa Sebab Dia Akan…

| July 31, 2016 | 2 Comments

Pujuk Terima Dia..Tunang Ja,Seminggu Lepas Tu Aku Takut Jumpa Sebab Dia Akan… |Kisahnya begini, dalam hidup saya,saya ada kenal dengan seorang mamat ni yang sekarang dah bergelar tunang kepada saya. Kami baru melangsungkan pertunangan pada 10 julai lalu,tunang saya pada waktu dulunya sangat-sangat saya tolak pada awalnya tapi atas nasihat dari orang sekeliling dan setelah melihat kesungguhan dia untuk bersama saya,saya cuba untuk membuka pintu hati untuk menerimanya dan alhamdulillah,bila pintu hati dah dibuka dengan kelembutan dia pada awalnya,dengan “sweet” dia membuatkan saya jadi semakin sayang padanya.

.Capture
Setelah setahun lebih perasaan sayang tu muncul dan saya semakin hari semakin sayang padanya,perangainya mula berubah. Dia mula tonjolkan dirinya yang sebenar dari seorang yang penyabar,penyayang,bertukar menjadi seorang pembengis. Sebelum ni dia hanya memaki tak pernah saya dijentik walau sikit pun, walau mulutnya memaki-hamun tapi sekarang dia dah mula pandai naik tangan pada saya.Betul kata orang tua bila sekali lelaki mula naikkan tangan pada perempuan dia akan rasa seronok dan dia akan jadikan habit pula untuk memukul.


Asal berjumpa pasti akan bergaduh besar dan setiap kali bergaduh mesti dia akan naik tangan pada saya. saya betul-betul buntu admin, tak tahu apa yang perlu saya buat,hati dah mula berbelah bagi antara rasa sayang dan rasa tawar hati setelah sejauh ini kami bertahan sehingga bergelar tunang.one step closer to the “new life”. Ya dia seorang yang baik bagi saya tapi agak panas baran dan sekarang dah pandai memukul. saya dah pernah cuba slowtalk dengan dia yang saya tak suka lelaki memukul tapi semuanya sia-sia bila sekali dah naik tangan,pasti akan ada yang kedua dan seterusnya.


Saya betul-betul buntu dan tak tahu sama ada nak teruskan atau stop kan semua ni.
Untuk stop kan banyak benda yang saya kena fikirkan perasaan mak ayah dia,keluarga dia yang sangat-sangatlah baik pada saya. Kebiasaannya apa pun yang berlaku dalam hidup saya sejak kenal dia dan keluarga,saya mesti akan minta pendapat dan pandangan dari mak ayah dia tentang sesuatu permasalahan tu tapi soal ni saya tak mampu.


Saya sangat memerlukan pendapat dan pandangan dari semua, perlukah saya teruskan dan bertahan atau perlu saya stop kan dan lupakan semuanya. Bantu saya semua.terima kasih admin.
p/s : ini dia tunggu depan rumah nak mengamuk lagi bila saya minta putus. Tak tahu apa nak buat kalau saya keluar mesti saya dapat habuan..Yang Benar,Saya Yang Kebuntuan-KRT

P.S. 1 – Inilah Cara Bersihkan Rumah Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit !!!
P.S. 2 – Ustaz Ini Berani Bongkar Wajah Yakjuj & Makjuj Yang Selama Ini Dirahsiakan Amerika !!!
P.S. 3 – Kisah Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda..Memang MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – ”PERHATIAN” Para Ibu JANGAN PANASKAN Semula 10 Jenis Masakan Ini, Anda Lihat lah Sendiri Akibatnya !!!

Tags: , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Mafuzah Ismail says:

    Baik putus sj pertunangan sebelum trlambat…

  2. nissa says:

    istikharat jln terbaik..selain tu, pikir laa jangka masa panjang.. awk akan hidup dgn nya seumur hidup awk .. tnya diri, sanggupkah awk duduk dlm ketakutan setiap masa? cuba berbincang ibu bapa die, mungkin mereka boleh bantu..
    jgn malu utk menentukan imam utk diri kamu yg bisa memimpin mu ke jannah bkn sebaliknya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *