Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bakal Suami Tanya Kenapa Tak Suka Ke Dapur? Lihat Apa Wanita Ni Buat !!!

| July 9, 2016 | 0 Comments

Bakal Suami Tanya Kenapa Tak Suka Ke Dapur? Lihat Apa Wanita Ni Buat !!! |Eh tak sangka perasaan aku dengan confessor yang dilema perempuan tak tau buat kerja rumah tu samaaaaa. Aku pun sama. Banggaaaaaa sangat dengan confessor yang reti masak pungpangpungpang dekat dapur (nampak tak betapa bangganya aku dengan korang)

Capture

Aku bukan taknak masuk dapur, aku pernah bakar dapur nak goreng nugget masa form2. Sebab aku panaskan minyak terlalu lama sampai berasap kuali. Bila tutup api terus terbakar dapur. Dahla dengan pakai tongkat lagi sebab accident.

Aku bukan tak reti masak langsung, kalau tanak nasi tu kira hebat kot nasi tak lembik dan aku reti anggarkan air. Goreng telur pun hebat. Buat nasi goreng pun hebat. Yang tu jelah pandai. Cuma jarang masak sebab aku dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu duduk pulak matrik hujung dunia. Balik masa matrik bagi cuti je. Masuk pulak unibesiti pun jarang balik lepastu duduk kolej. Skill goreng telur je melekat dalam otak. Nasi goreng pun aku lupa dah.

Tapi sejak membesar ni, aku tak pernah dengar lagi lelaki kagum dengan perempuan reti deco rumah, mengecat, pasang perabot baru beli, tau engine kereta mana bagus. Takde lagi. Aku selalu dengar org laki duk respect perempuan reti masak itu ini. Sedih tau. Sia2 jelah kepakaran aku tu? Aku ada perasaan nak memasak tu tapi hilang keyakinan tu lepas 5 kali buat kek batik tak jadi.

Penah lah dulu ada laki ni ngorat aku, soalan pertama dia tanya aku reti buat kerja rumah tak? Eh gila tak reti apa soalan tu hoi. Bolehla setakat sapu rumah, mop, bersihkan kipas tergantung kat siling rumah, sidai kain cantik2, lipat baju. Muka dia dah sengih macam suka. Then dia tanya aku, reti masak? Eh takkan aku nak tipu. Aku cakap aku reti masak nasi goreng je. Terus muka dia berubah. Tetiba je dia cakap kalau boleh kalau dia kawin dia nak perempuan tahu masak, sebab dia pun tahu masak semua jenis lauk. Hari2 masak kat rumah sewa. Em bolehlah dia sembang kencang, cuba dia duduk kolej. Maunya kena kejar dengan staff kolej kalau bawak periuk belanga. Bau roti bakar pun dah menyiasat macam ada penjenayah ni kan pulak bau tumis.

Sedihla. Kami persatuan dilema wanita ni bukan tak boleh masuk dapur. Boleh… Cuma bagilah peluang biar kami pandai masak. Bagi sokongan. Lagi-lagi aku nak kawin dah ni. Aku risau benor dengan bakal mak mertua. Takut lah nanti dia fikir muka je ada tapi tangan kaku. Kami pun ada kepakaran lain. Manalah tau tak pandai masak ni, kamilah yang paling setia untuk suami dan anak2. Manalah tau didikan kami terhadap anak2 superb dari tak pandai baca quran boleh jadi qari junior. Manalah tau dari anak taktahu mengira tetiba jadi Ady Putr junior. Famous anak akuu kahkah. Okay.salam sayang dari aku.– Ami IIUM Confessions

P.S. 1 – Inilah Cara Bersihkan Rumah Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit !!!
P.S. 2 – Ustaz Ini Berani Bongkar Wajah Yakjuj & Makjuj Yang Selama Ini Dirahsiakan Amerika !!!
P.S. 3 – Kisah Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda..Memang MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – ”PERHATIAN” Para Ibu JANGAN PANASKAN Semula 10 Jenis Masakan Ini, Anda Lihat lah Sendiri Akibatnya !!!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *