Rumah Ini BERHANTU. Tapi Ia Terjual Dengan Harga RM4.5 Juta. Ini PUNCANYA. Jangan TERKEJUT !!!

| June 26, 2016 | 0 Comments

Rumah Ini BERHANTU. Tapi Ia Terjual Dengan Harga RM4.5 Juta. Ini PUNCANYA. Jangan TERKEJUT !!! | JIKA anda peminat cerita seram, tentunya legenda kisah seram sebuah rumah di Amityville, New York, terpahat dalam fikiran sebagai antara yang paling seram yang pernah diceritakan.

1

Kisah yang kemudiannya diadaptasi ke filem menggunakan tajuk The Amityville Horror itu memaparkan kejadian misteri dan menakutkan yang menghantui rumah besar dengan lima buah bilik itu.

Dan kini, rumah itu diletakkan dalam senarai untuk dijual oleh firma hartanah, Coldwell Banker, dengan harga AS$850,000 (RM3.4 juta).

Menurut laman web hartanah, zillow.com, rumah tersebut ‘sedang dalam pemerhatian’ lebih 600 orang bakal pembeli.

Kali terakhir rumah itu dijual adalah pada tahun 2010 dengan harga AS$1.1 juta (RM4.5 juta).

Sejarah ngeri rumah berhantu itu bermula pada tahun 1974, apabila seorang penghuni menembak mati kesemua ahli keluarganya.

Dalam pengakuannya di mahkamah, Ronald DeFeo berkata dia bertindak demikian kerana mengikuti arahan satu suara yang meminta dia membunuh semua ahli keluarganya.

Banyak portal penyiasatan kes misteri melaporkan ‘suara’ yang didakwa didengari DeFeo itu berkemungkinan besar kerana tanah rumah itu dimiliki oleh seorang pengamal ilmu hitam, John Ketchum, sekitar tahun 1920an.

Ketchum dikatakan disemadikan di tapak rumah itu, dan sehingga kini jasadnya dipercayai berada di situ.

Kali terakhir rumah itu merekodkan kejadian misteri adalah pada tahun 1975, di mana penghuni ketika itu, George dan Kathleen Lutz, terpaksa melarikan diri dari rumah itu hanya selepas 28 hari mendiaminya.

Rumah itu kemudiannya didiami sekurang-kurangnya empat keluarga, namun tiada laporan kejadian aneh.

Pasangan penyiasat Ed dan Lorraine Warren (watak dalam filem The Conjuring 1 dan 2), antara yang pernah menyiasat kes misteri di rumah itu. KREDIT ASTRO AWANI.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

Tags: , , , ,

Category: Seram

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *