Inilah Permintaan ‘PELIK’ Dato’ TERLAJAK LARIS Hingga KFA Terpaksa Tolak Tajaan D”HERBS !!!

| May 4, 2016 | 0 Comments

Inilah Permintaan ‘PELIK’ Dato’ TERLAJAK LARIS Hingga KFA Terpaksa Tolak Tajaan D”HERBS !!! SEBAGAI sebuah kelab, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak dapat memenuhi beberapa permintaan Pengasas D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kerana melebihi bidang kuasa persatuan itu dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama penajaan yang melibatkan RM30 juta untuk tempoh tiga tahun.

image

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Persatuan yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah baru-baru ini, pihaknya memutuskan tidak meneruskan kerjasama dengan D’Herbs.

“KFA mengumumkan berdasarkan penajaan yang dikemukakan D’Herbs kepada persatuan yang mana draf-draf tentang penajaan yang terakhir iaitu pada 27 April lalu, kami meneliti setiap butir tawaran dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan dengan konklusi muktamad dengan perjanjian penajaan tersebut.

Sehubungan itu, KFA mengucapkan ribuan terima kasih kepada D’Herbs di atas kesudian dan minat yang ditunjukkan di dalam menaikkan imej pasukan di persada tanah air. Kami berharap jalinan kerjasama dapat diteruskan dalam medium lain pada masa hadapan.

Jawatankuasa tertinggi KFA sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen semua pihak dan berharap agar kedua-dua pihak tidak membuat sebarang komen yang lanjut dan terperinci melalui media selepas kenyataan ini bagi menjaga imej kedua-dua pihak,” katanya pada sidang media, di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Menjelaskan pengumuman itu, Aminuddin berkata terdapat intipati perjanjian yang menyukarkan KFA.

Menurutnya, sebenarnya badan bola sepak Kedah itu melihat banyak permintaan D’Herbs yang boleh diterima pihaknya namun ada beberapa perkara yang sukar untuk direalisasikan.

“Agak sukar untuk KFA terima draf itu kerana ada yang melibatkan Kerajaan Negeri, walaupun nampak kita sinonim dengan Kerajaan Negeri namun sebenarnya ia adalah dua badan yang berbeza kerana KFA hanyalah sebuah persatuan sahaja.

Selebihnya, saya diarahkan untuk tidak memperincikan butir-butir draf perjanjian itu,” katanya.

Dikatakan permintaan D’Herbs itu melibatkan permintaan tanah milik kerajaan negeri Kedah.

Sumber: SinarHarian

P.S. 1 – Inilah Cara Bersihkan Rumah Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit !!!
P.S. 2 – Ustaz Ini Berani Bongkar Wajah Yakjuj & Makjuj Yang Selama Ini Dirahsiakan Amerika !!!
P.S. 3 – Kisah Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda..Memang MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – ”PERHATIAN” Para Ibu JANGAN PANASKAN Semula 10 Jenis Masakan Ini, Anda Lihat lah Sendiri Akibatnya !!!

Tags: , , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *