(VIRAL) Staff AirAsia…”Akak Lambat, Bukan Masalah Saya” !!!

| January 21, 2016 | 6 Comments

(VIRAL) Staff AirAsia…”Akak Lambat, Bukan Masalah Saya” !!! | Inilah nilai Melayu. Kejadian ini berlaku pada 19 Januari 2016, di KLIA 2. Penerbangan saya dari Kuala Lumpur – Kota Kinabalu dijadualkan pada jam 4.30 petang. Pekerja ini langsung tidak memberikan layanan yang bagus apabila saya cuba merayu dan menjelaskan punca saya tiba lewat.

1

“Kenapa tak datang esok saja kak?” katanya.

Apa bengongnya? Kalau penerbangan esok, kena datang esoklah, gitu? Penerbangan saya dijadualkan hari ini, dan ini kali pertama saya terlambat.

Tetapi bila penerbangan AirAsia ditangguhkan, penumpang kena tunggu, tetapi bila penumpang lewat setengah jam sebelum departure, mereka langsung tak boleh bertolak ansur? Memang cekik darah AirAsia ini.

Berbalik kepada lelaki ini. Saya ingatkan dia akan menolong saya untuk check in sebab saya hanya terlambat 50 minit sebelum. Saya tak ada check in sebarang bagasi. Gate hanya ditutup sejam sebelum, bezanya 10 minit saja saya terlambat. Itu pun dia langsung tidak mahu membenarkan saya masuk?

Ya Allah, sekali lagi saya meminta dengannya elok-elok tetapi dia tetap kata tidak boleh. Dia siap beritahu bahawa dia telah membantu beratus-ratus orang yang menaiki pesawat yang sama saya naiki ini.

Saya memohon dia mendaftar masuk nama saya untuk memasuki pesawat tersebut kerana saya perlu balik ke kampung untuk berjumpa dengan anak saya yang bakal menjalani pembedahan. Malangnya dia yang tidak berhati perut tetap enggan membenarkan saya masuk.

“Saya bukan tak mahu tolong, kalau boleh saya nak tolong angkat akak sekali sampai ke depan pintu pesawat itu,” katanya.

Saya langsung tidak meminta untuk berbuat demikian, saya hanya meminta dia tolong check in untuk saya seada ada masa 50 minit saja lagi.

“Itu bukan masalah saya,” katanya.

Saya cuba merayu namun dia buat muka dan layan seperti… Ya Allah, hanya tuhan saja yang tahu. Dia siap menjerit-jerit pada saya lagi. Tindakan dia membuatkan saya terpaksa bersikap kurang ajar pada dia.

Akhir sekali saya rakam gambar dia. Menyedari gambarnya dirakam, lalu dia memberikan amaran.

“Kalau muka saya viral di Facebook, saya akan saman awak!”

Di mana silap saya? Saya takkan bersikap kurang ajar kalau dia tidak mulakan dulu. Kalau dia beri layanan yang baik kepada saya, perkara ini tidak akan berlaku dan saya juga tidak perlu merakam gambar dia. Tujuan saya buat begini juga untuk menyedarkan dia.

Selepas insiden itu, saya pergi ke kaunter perkhidmatan untuk bertanya di mana pejabat pengurusan AirAsia untuk membuat aduan.

Ajaibnya, dua kakitangan (lelaki) AirAsia melayan saya dengan penuh beradab dan berbudi bahasa. Mereka tanya penerbangan saya ke mana, jadi saya jawab ke Kota Kinabalu. Ya Allah, mujur mereka sudi membantu saya. Penerbangan lagi setengah jam akan berlepas. Alhamdulillah.

Dalam rancangan Allah, saya dapat juga naik pesawat ke Kota Kinabalu. – Sheila | via THEHYPEMEDIA.COM

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments (6)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Roslan says:

    Ada kakitangan airasia yg memang kurang ajar tapi seekor dua je. yg ni Patut tony fernandez tugaskan menjaga mangkuk tandas saya pun pernah mengalami nasib yg sama. tapi sya mudah jke. Saya rakam masa, muka dia & ambi tindakan & saman, biar dia mampus bayar ganti rugi.

  2. azril says:

    Kesimpulannye senang je kak.. Jangan lambat.. Dah tertera t&C masa beli tiket. Kadang2 bukan nak salahkan staff tapi mereka kene hadap beratus2 org yang tak tepati masa mcm tu nk explain kat dorang smpai kekadang muak.. Sebab keje pon banyak lagi kene hadap. Bukan die sorang je karenah kene layan betul tak. Banyak sebab mengapa susah nak terima last minute check in passenger mcm ni. Internet dah ade boleh checkin online ke mobile check in ke . Still byk option jadi staff airasia tak patut disalahkan dan diviralkan. Mereka hanye buat kerje mereka n mereka pon manusie terkadang smpai hilang sabar melayan beratus penumpang pelbagai karenah. Akhir kata.. Masa itu emas.. Sila tepati masa.. Sekian

    • tok mu says:

      Betul2. Tp manusia hanya merancang. Tuhan jua menentukannya. Amin.

    • tok mu says:

      Betul2. Tp manusia hanya merancang. Tuhan jua menentukannya. Amin.

    • Aku says:

      Saya dah 2kali tertinggal flight, dua2 AirAsia..frst sbb pregnant (ats sbb2 tertentu knp depa x lps kan) second sbb lmbt, sempat check in tp da masuk dlm, xleh nk boarding sbb kapten da tutup buku serai passngers.. Sy marah, marah ssgt tp marah kt diri sndiri je la sbb lmbt, da la nak balik raya tiket punya la mahal gaban.. Nk marah kn depa x guna gak.. Itu pengajaran, Next time dtg 3jam awal pun xpa. Xperlu viral2kan..skrg ni smua pakat nk viral je, silap sikit maka sedia la nk mengadap maki hamun org yg xtau hujung pangkal..

  3. John guntur says:

    At the very end dpt naek gak kan…so knape nk viralkan muka org??he’s only doing his job..kalau die kne tindakan dgn pihak atasan,awk boleh tlg ke wahai penumpang yg bijaksana??tau x awak xde hak utk ambil gambar org sesuka hati??this is airport..bukan pasar malam..hopefully u this guy will sue u…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *