5 Orang Terkaya Dunia RUGI RM38 Billion Dalam Tempoh 1 Hari Sahaja !!!

| January 5, 2016 | 0 Comments

5 Orang Terkaya Dunia RUGI RM38 Billion Dalam Tempoh 1 Hari Sahaja !!! | Lima orang terkaya dunia rugi AS$8.7 bilion (RM37.87 bilion) pada hari pertama dagangan saham Isnin lalu susulan penjualan besar-besaran saham global yang dicetuskan data perkilangan lemah China dan ketegangan antara Arab Saudi dan Iran.

1

Pengasas Amazon.com Inc, Jeff Bezos, mendahului senarai individu mengalami kerugian paling besar dalam Bloomberg Billionaires Index pada hari pertama dagangan 2016, kehilangan AS$3.7 bilion (RM16.11 bilion) susulan sahamnya jatuh 5.8 peratus. Nilai bersihnya kini AS$56 bilion (RM243.77 bilion).

Kekayaan Amancio Ortega dari Sepanyol susut AS$2.5 bilion (RM10.88 bilion) kepada AS$70.4 bilion (RM306.46 bilion) berikutan saham Inditex SA miliknya, peruncit feysen terbesar, susut 3.5 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway Inc, Warren Buffett, Carlos Slim dari Mexico dan pengasas Microsoft Corp, Bill Gates, orang paling kaya di planet ini, rugi kombinasi AS$2.5 bilion (RM10.88 bilion).

Individu yang meraih keuntungan terbesar pada hari pertama dagangan 2016 ialah pelabur Carl Icahn, dengan nilai bersihnya menokok AS$210.4 juta (RM915.89 juta) kepada AS$20.1 bilion (RM87.50 bilion). Indeks Bloomberg memantau kekayaan harian 400 orang terkaya dunia, yang kerugian kombinasi AS$82.4 bilion (RM358.70 bilion) pada hari itu. KREDIT BERITA HARIAN.

P.S. 1 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *