Shariffa Zainab Syed Wadzid Ali.. “Badan Menggeletar, POCONG Meloncat-loncat” !!!

| December 15, 2015 | 0 Comments

Shariffa Zainab Syed Wadzid Ali.. “Badan Menggeletar, POCONG Meloncat-loncat” !!! | Menerbitkan drama Menongkah Kasih menjadi pengalaman paling bermakna buat Shariffa Zainab Syed Wadzid Ali. Sudah menjadi rutin Shariffa akan sentiasa memantau drama terbitannya di lokasi bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar. Bukan tidak percayakan Pengurus Produksi (PM) yang dilantik, tetapi memang begitu sikapnya yang tidak mahu ‘lepas tangan’ begitu sahaja. Dengan kehadirannya, setiap masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan segera.

1

Selain dibuat di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Subang Jaya, drama itu turut dirakam di sebuah rumah lama di Hulu Langat, Selangor dan di situlah berlakunya kejadian aneh. Menurut Shariffa, ketika itu waktu menunjukkan jam empat petang , tiba-tiba dia mula rasa tak sedap badan serta penat yang teramat sangat.

“Saya kuatkan hati dan elak memikirkan perkara buruk. Sebaik azan Asar berkumandang, saya solat sambil duduk kerana kaki tak boleh berdiri. Badan saya menggeletar teruk.

“Selesai solat air mata menitis laju dan saya muntah. Bukan saya sahaja mengalami gangguan misteri itu, ada dua tiga kru dan pelakon tambahan pun sama. Mereka nampak ‘pocong’ melompat-lompat pada satu sudut.

“Nasib baik kejadian itu berlaku pada hari terakhir di rumah lama itu dan kami tak beritahu tenaga kerja lain kerana tak mahu mereka takut,” katanya.

Gangguan itu berlaku pada hari kedua penggambaran dan sebaik selesai kerja, mereka terus ke lokasi berikutnya.

“Rumah yang kami pilih itu tidak berpenghuni dan menurut ustaz yang merawat saya, gangguan itu berpunca daripada ‘penunggu’ kediaman terbabit yang menjaga harta tuannya.

“Penggambaran dua hari di rumah itu dibuat sehingga tengah malam dan makhluk itu suka ‘mengusik’ antara waktu Asar hingga Maghrib’,” katanya.

Mengulas mengenai drama Menongkah Kasih, ia akan bersiaran di slot Ratu TV9, jam 8.30 malam pada 26 Januari 2016 dan akan diulang siar di TV3.

Menurut Shariffa, drama itu mengisahkan ibu tunggal iaitu Datin Rahmah lakonan Zarina Zainuddin sibuk mengembangkan perniagaan sehingga mengabaikan dua anaknya, Reffa (Ana Dahlia) dan Riyana (Ayda Jebat). Dengan kesibukannya, Reffa dan Riyana berasakan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang.

“Meningkat dewasa, Reffa dan Riyana buat hal sendiri. Datin Rahmah kian dimamah usia dan mula menagih kasih sayang anak-anaknya.

“Riyana membesar menjadi remaja liar sehingga hamil anak luar nikah,” katanya.

JAGA BAJET

Sepanjang dua bulan penggambaran, Shariffa memastikan kos produksi tidak melebihi apa yang diperuntukkan.

“Saya lega kerana pengarah drama ini, Mazri Mustafa tahu cara saya bekerja. Dia dulunya seorang jurugambar dan tahu mana sudut terbaik. Oleh sebab itu tidak berlaku pembaziran masa dan kerja selesai mengikut masa yang ditetapkan.

“Selagi kita boleh berjimat, apa salahnya. Untung yang saya dapat akan disedekahkan kepada golongan memerlukan.

“Seperkara lagi, saya tidak meminjam duit sesiapa untuk menerbitkan drama. Semuanya menggunakan wang sendiri.

“Kadangkala bayaran daripada stesen TV lambat dan saya sediakan bajet sendiri. Disebabkan itu saya perlu berhati-hati dalam soal perbelanjaan. Saya tidak suka berhutang,” katanya.

Shariffa juga bertuah kerana anak angkatnya, Nurul Nadiah Ahmad Nazri (Nell) yang bertindak selaku Penerbit Eksekutif (EP) di Sha’s Media Sdn Bhd, juga setiap hari berada di lokasi.

Pasukan Shariffa semakin sempurna dan lengkap apabila anak tunggalnya, Wan Ashadee Shahar Sawaludin turut menggalas tugas sebagai EP.

Jika Nell menjaga segala keperluan di lokasi, Ashadee pula mengawal selia peralatan penggambaran termasuk kamera dan pengangkutan.

URUS KEBAJIKAN

Menurut Nell, sebagai EP, dia dan Ashadee mesti selalu berada di lokasi penggambaran bagi memastikan segala-galanya terurus.

“Ada juga pengarah kurang senang apabila EP dan penerbit berada di lokasi, tetapi sebenarnya apabila kami ada di set setiap masalah yang timbul misalnya soal bajet, makan minum dan peralatan dapat segera diselesaikan. PM boleh terus rujuk kepada kami.

“Jadi kerja akan jadi lancar dan selesai mengikut jadual. Kehadiran kami bukan untuk menakutkan atau mengganggu kerja pengarah dan kru. Selagi semua tahu tugas masing-masing, kenapa kami perlu ganggu?

“Inilah cara bekerja berpasukan yang betul. Apabila setiap hari EP ada di lokasi, pelakon pun tak boleh main-main dan mereka kena datang tepat pada masanya. Alhamdulillah, penggambaran drama ini tidak terganggu langsung kerana kru dan pelakon sangat komited,” katanya.

Ujar Nell lagi, soal bayaran artis dia dan Shariffa uruskan sendiri tanpa memerlukan orang tengah.

“Dengan cara ini, mudah untuk Sha’s Media menyediakan bajet dan syarikat tidak akan berhutang dengan sesiapa.

“Setiap bayaran akan dibayar tepat pada masanya dan kami sedih apabila dengar ada kru yang bekerja dengan produksi lain lambat mendapat bayaran atau tidak dibayar langsung,” katanya. KREDIT HARIAN METRO.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Hiburan, Seram

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *