PUNCA Pramugari DIBULI Dimasukkan Dalam Simpanan Bagasi Kini DIDEDAHKAN !!!

| December 15, 2015 | 0 Comments

PUNCA Pramugari DIBULI Dimasukkan Dalam Simpanan Bagasi Kini DIDEDAHKAN !!! | Syarikat penerbangan Kunming Airlines berjanji menyiasat dan mengambil tindakan selepas beberapa pramugari dibuli dengan dipaksa masuk ke dalam tempat simpanan bagasi.

1

Tindakan itu diambil selepas beberapa gambar pramugari syarikat itu berbaring di dalam tempat simpanan bagasi tersebar di media sosial sehingga dikecam orang ramai.

Sekeping gambar menunjukkan seorang pramugari menutup mukanya ketika berbaring di tempat simpanan bagasi.

Difahamkan, itu adalah tradisi yang mesti dilalui oleh kru kabin yang baru bekerja di syarikat berkenaan.

Akhbar The South China Morning Post melaporkan, gambar itu tersebar secara meluas sejak hujung minggu lalu.

Kata akhbar itu, kru kabin dipaksa masuk ke dalam tempat simpanan bagasi itu selepas menghabiskan 30 dan 50 jam penerbangan.

Bagaimanapun, Kunming Airlines dalam satu kenyataan memberitahu, syarikat itu tidak mengetahui mengenai tradisi berkenaan dan tiada aduan yang pernah dibuat oleh kru kabin.

“Kami tidak pernah berkompromi mengenai isu keselamatan penerbangan dan kejadian buli ini tidak sepatutnya berlaku.

“Kami akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi,” kata syarikat itu. KREDIT HARIAN METRO.

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *