Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Inilah 9 GAMBAR Sayu VIRAL Budak 3 Tahun JAGA Maknya Yang SAKIT !!!

| October 16, 2015 | 0 Comments

Inilah 9 GAMBAR Sayu VIRAL Budak 3 Tahun JAGA Maknya Yang SAKIT !!! | Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun terpaksa menjaga ibunya yang sakit, menjadi viral di media sosial negara itu. Qianqian, 3, berasal dari Ruzhou, Wilayah Henan, terpaksa memikul tanggungjawab yang berat itu untuk menjaga ibunya yang cedera dalam kemalangan langgar lari pada bulan September lalu.

1

Ibunya, Wang Huixian, mengalami keretakan tulang di beberapa bahagian badan akibat kemalangan itu dan kini terlantar di katil hospital. Ibu bapa wang pula maut dalam kemalangan tersebut. Wang juga telah terputus hubungan dengan bekas suaminya selepas bercerai dan kini Qianqian terpaksa memikul tanggungjawab menjaga ibunya.

Lapor akhbar Dahe Daily, pemandu yang melanggar Wang melarikan diri selepas kejadian itu. Wang pula terpaksa menanggung beban rawatan perubatan yang berjumlah berpuluh-puluh ribu yuan. Namun Wang tidak dapat membayar kos rawatan itu.

Dalam video yang tersebar di media sosial Rabu lalu, QIanqian dilihat seperti menjalankan tugas orang dewasa seperti menghantar air dan makanan kepada ibunya, mengesat air mata ibunya dan mengambil ‘sisa buangan’ ibunya.

Video itu telah dirakam oleh Henan TV selepas nasib malang anak beranak itu tersebar di kalangan masyarakat Ruzhou, menyeru sumbangan wang dan pakaian untuk Wang dan Qianqian.

Salah seorang penduduk yang datang melawat mereka, tidak dapat menahan air matanya berkata, ia adalah perkara yang menyayat hati melihat kanak-kanak di usia seperti Qianqian melakukan kerja-kerja orang dewasa.

“Anak saya yang berusia tiga tahun juga tidak mampu melakukan apa yang Qianqian lakukan untuk ibunya,” katanya sebak.

Rabu lalu, Wang dan Qianqian telah menerima sumbangan wang 6,000 yuan (US$946) bersama dengan pakaian dan makanan dari orang ramai.

Lapor Dahe Daily, Wang telah mengaturkan pembedahan dengan doktor dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu mereka.

Sementara itu, polis tempatan memaklumkan mereka dalam usaha cuba menjejaki pemandu yang tidak bertanggungjawab itu untuk dikenakan tindakan undang-undang. – THEHYPEMEDIA.COM

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *